Assalamualaikum sume……mcm mana hari ni? Ok ke? Hope everything ok ye :) Mungkin dh terlambat tp aku nak ucap takziah pada mangsa dan keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat tu. Aku rasa dekat je dgn rumah sedara aku. Kejadian ni telah meragut 16 nyawa. Pilu rasa hati bila tgk mayat2 yg dikeluarkan oleh penyelamat. Bertambah pilu bila smlm paknil siarkan temubual dia dgn mangsa dan keluarga mereka bila paknil pi melawat derang kat hospital. Paknil kata ada sorang budak, klu tak silap nama dia khairil yg terpaksa dipotong kaki demi nak selamatkan nyawa dia. Menitis air mata bila dgr paknil berbual dgn mak budak tu. Besarnya dugaan dan ujian yg Allah bagi kat dia dan keluarganya. Apa sgt la klu nak banding dgn ujian yg Allah bg kat aku ni. Moga semua mangsa dan keluarga terus tabah dan sabar menghadapi ujian ni.

Ok, berbalik kpd cerita asal, semalam aku gi kastam dgn Anthony. Time lunch masih kat sana lagi. Mula2 ingat nak mkn kat subway. Parking plak tak de. Dah 1pm, perut dah berdondang sayang dah. Pusing2 kami cari tmpt lunch, last2 jumpa kedai makan “Dapoer  Bandoeng”. Huihh….peliknya nama. Mula2 nak sebut tu, apa benda bandoeng ni??? Spelling tuk bandung kot ;) Aku tak tahu la kenapa nak spell mcm tu =) Anthony kata jom je la try.

Tgk dari luar, halal ke tak ni? Pastu nmpk org melayu, pompuan pki tudung mkn dlm tu baru rasa konfiden. Masa kitorang masuk, org tak ramai sgt, selesa jugak la. Lps tgk menu, masih tak tahu nak makan apa sbb byk jugak menu kdi ni. Tanya dgn budak ambil menu tu, apa yg dia recommend kat sana, dia kata nasi bakar. Ok lah, aku dan Anthony order menu yg sama. Anthony siap order keropok yg pahit2 tu, keropok meninjau ke belinjau, tak ingat la apa namanya.

Sampai2 je nasi kitorang, terus makan tak ingat langsung nak ambik gmbr. Lapar punya pasal la ni. Nasi tu mcm nasi goreng, Ada mcm2 ramuan kat nasi tu. Dibungkus dgn daun pisang dan dibakar. Sedap bangetttt!!!!!!!! Lauk ayam goreng berbumbu, tauhu dan tempe goreng, timun dan daun salad dan sambal. Sambal dia sedap....Keropok cicah dengan sambal pun sedap, mcm mana ni??? Tgk org sebelah mkn mee, nmpk sedap jugak. Aissshhhh.....rasanya sume sedap kot^^ Nasi tu lebih kurang mcm kat bwh ni.

Gmbr ehsan dr uncle google :)

Nasib baik ada ambik dia punya pamphlet. Blh la tepek bg korang tgk apa menu yg ada kat sana.  Dan Anthony dpt satu lagi kedai makan yg akan masuk dlm list utk dikunjungi lagi. Dia tu, nama je Chinese tp suka masakan melayu kampong. Hari2 pi mkn kat kedai asam pedas. Mmg sesuai sgt la. Dan aku pula ada misi terbaru, mencari resepi nasi bakar. Hahaha......byk dah jumpa tapi sume dalam bahasa indonesia. Ada beberapa bahan yg tak tahu. Kena menggali dgn lebih dalam ni^^. Sape2 yg nak pi try, alamat kat atas tu ada.

Labels: , | edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. amir Says:

    Tgk nasi bakar mcm lebih kurang ayam penyet jer. Cuma mgkn ayam dier x penyet huhuhuhuh. sambal dadakan mcm goreng berlada plak huhuhu

    Amir


  2. Rini Jy Says:

    amir, ayam tak penyet. elok jer seketul2 :) sambal tu mcm sambal ketuk tu, bkn bergoreng. sedap....


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...