salam t/hari sume......dah lunch lom? aku blom lagi. jap gi la. tak de selera lak hari ni. tp kena mkn gak sbb nak mkn ubat. aku punya selsema ni tak hilang2 ha. mkn ubat, ok. ubat habis, selsema datang balik. tak pernah lak mcm ni sebelum ni.

pape pun, perjuangan mesti diteruskan. perjuangan tuk update blog. hehehe....ni pun dah tertangguh 2 hari. buat sup cendawan ni, ptg ahad lps. lps habis kelas ptg tu, berkejar blk nak ambik anak buah aku 2 org tu. diorg nak balik rmh aku, nak buat kek sarang lebah katanya. tp sbb hari dah hujan rintik2 dan guruh pun dah berbunyi, tukar plan buat sup cendawan lak.

resepi ni ambik dr myresepi, kat sini. sedap gak. mkn panas2 time hari sejuk2, blh panaskan badan^^. nak lagi best, mkn dgn garlic bread mcm kat piza tu. tak yah pi piza dah pas ni, dah blh wat mushroom soup sendiri.

Mushroom Soup

Bahan

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam - aku tambah lagi setengah sbb tak ltk ajinomoto
  • 1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto - tak letak
  • 1 cawan tepung gandum - bancuh dgn sket air

Cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti. 
tak dpt kek, sup pun jadilah.....

    Labels: , , | edit post
    Reactions: 
    3 Responses
    1. Hairil Rizal Says:

      My feveret appetizer!


    2. cintatehO Says:

      sup pun sodap....


    3. Rini Jy Says:

      hairil, me too^^

      cintatehO, sodap....nyum2....


    Linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...