salam sume............lama tak jengah blog. busy sgt minggu ni. dgn exam & keje yg tah bila nak abis. time kasih lah pada yg masih sudi singgah sini.

tak lupa juga nak ucap tahniah pada anak buah aku, mohd syafiq kerana mendapat 4A1B dlm UPSR. w/pun tak dpt 5A, jgn putus asa. ni baru permulaan. akan byk lagi exam yg akan ditempuhi. kena terus berusaha smpi berjaya. fighting!!!!!!

cite pasal ayam ni, sebenarnya dah lama teringin nak wat ayam panggang. bila tgk blogger sana sini tayang derang punya ayam, makin membuak2 rasa tu^^ tak leh jadi ni, terus bakar sekor :) resepi aku ikut dari dapur mat gebu yg glemer tu, kat sini. jom la layan resepi. tak reti aku nak tulis ape di jam 2.20 pagi ni.


Rosemary Lemon Honey Chicken

Bahan2:

1/2 ekor ayam, kerat dua, cuci bersih dan toskan
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 1/2 camca besar herba rosemary
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca teh parutan kulit lemon (bahagian kuning sahaja)
3 camca besar madu
2 camca besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak biasa)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar lada hitam biji
1 biji bawang besar, belah 6

Cara:
  1. Ayam tadi dicucuk dengan garfu, ketepikan. Kisar kering lada hitam dengan 1 camca besar herba rosemary kering hingga hancur, tapi tidak terlalu halus. Ketepikan.
  2. Tumbuk lumat bawang putih. Satukan semua bahan lain kecuali bawang dan garam. Kacau rata dan masukkkan lada hitam + rosemary kisar tadi, kacau rata menjadi pes. Tambah garam secukup rasa.
  3. Lumur bahan2 tadi pada keseluruhan ayam hingga rata. Perap 2 - 3 jam atau semalaman dalam peti sejuk. Letak ayam tadi dalam aluminum foil bersama bawang besar belah dan taburkan bako rosemary atas ayam. Bungkus kemas. (mat buat 2 bungkusan)
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 50 minit - 1 jam. 10 minit terakhir, buka bungkusan aluminum dan sambung bakar untuk mendapat kulit yang keemasan.. Hidangkan.
ini aku punya. hehehe......
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...