assalamualaikum............
kejap muncul...kejap tenggelam...pastu muncul balik...nasib baik tak tenggelam terus^^ ni la situasi aku kat blog ni. sape yg biasa dtg sini, paham sgt dah. klu lama tak berupdate tu, maksudnya busy giler2 la tu.
apo nak buek :(

busy smpi nak taip resume pun tak de masa padahal beria nak cari keje baru tahun ni. tak larat dah sorang buat 2-3 org punya keje. tp nak cari keje skang ni pun susah gak ye. hurmm.......apa nak buat lagi :(


back to the topic, skang ni mesti ramai dah tahu pasal pokok gula ni kan. gigih aku beli pokok ni kat pasar bila nmpk org jual. nak kata guna sgt pkk ni, tak de pun. takat try rendam daun ni dgn air panas je. manis dia lain mcm la. pelik lak rasanya. klu ikut pembacaan aku, mcm byk je kebaikan pkk ni. btl tidak, tak tahu lah.


Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.

Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
 
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. 

Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. 


Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.


Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah Water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Terkini STEVICO Nano Steam Technology.

APA DIA STEVIA ?
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil.
Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun.
Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan.
Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ' Generally Recognized as Safe ' (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah pembuat minuman gergasi dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk di guna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula.
Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa.Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?

Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?

Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic..tumbuk minum gitu pun boleh *

BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?
Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa, kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.

APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?
Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder.
Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP )Universiti Teknologi Malaysia,
telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bahan aktif yang bertanggungjawabke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai STEVIOL GLYCOSIDES yang mengandungi STEVIOSIDE dan REBAUDIOSIDE


Antara ciri-ciri stvia ialah;
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

Cara penanaman
• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.

• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.


sumber asal di sini  

Labels: , , | edit post
0 Responses

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...