bila weekend je, mesti mcm2 benda nak buat kan. bg aku, masa tu singkat sangat. pejam celik pejam celik, dah ptg. tambah plak isi rumah bertambah dengan 2 org budak nakal yg tak reti duduk diam. tiap hujung minggu anak buah aku akan balik. nak belajar mengaji dgn atuk dia aka bapak aku la tu.
bila dah balik tu, mcm2 la minta. mentang2 makcik diorang ni baik (sila muntah klu tak tahan^^), ada je benda minta aku buatkan. terutama ika, "cik ni, kita nak buat apa nnt?" klu dah tanya mcm tu, paham2 je la. mcm tau2 je dia aku tengah berusaha nak menghabiskan stock barang2 kuih raya hari tu yg masih bersisa. pikir punya pikir, buat cheese kek la. mcm dah lama je tak mkn cheese kek. maka siap lah cheese kek aku..........
lembut, gebu dan rasa cheese yg just nice. tak muak bila mkn. sedar tak sedar, satu slice, dua slice msk mulut. buat jumaat mlm, msk peti sejuk, pagi letak toping, potong2, petang dah licin. tapi kan, kek aku rupa tak cun la. tepi2 kek, berkedut seribu. agaknya sebab baking paper alas acuan kek yg jadi mcm tu. nak kena tuntut ilmu lagi ni.
resepi asal di sini. thanks tuan punya resepi, Alma (myresepi).
Cotton Soft Japanese Cheesecake
By Alma (Myresepi)
Bahan-bahan ( 8-inci )
* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine - aku guna tpg gandum je
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
* Bahan B:
* 140g gula (granulated sugar)
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan cheese td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). - cara aku, masuk air panas dlm dulang pembakar lain, letak di bawah rak bekas/tin adunan kek tadi. dulang air rak bawah, rak atas, tin kek. style cengini dpt kat forum cari. mmg tak de masalah dgn kek masuk air.