salam......kat rumah ni ada sebatang pkk kacang botol/kelisa yg sgt subur. mak aku lah yg rajin sgt tanam kat tanah yg sekangkang kucing ni ;) tp ok gak. klu tak de benda nak buat sayur, pegi kuar rumah, petik je terus buat ulam. skang ni, tiap2 kali mkn, pasti aku buat ulam. sedap klu mkn yg baru petik. krup krap krup krap bunyi dia. sgt fresh dan kira sayur organik la ni. tak de guna racun serangga. tgk la betapa suburnya pkk kacang ni. btl la kata org, berbudi pd tanah tak akan rugi.
bila dah tiap2 hari buat ulam, boring jugak kan. so, time aku skodeng blogger2 otai dlm masak memasak ni, aku jumpa resepi kerabu kacang kelisa ni kat blog kak An. pe lagi, cuba test try la. sedap!!! cukup segala rasa. agaknya klu aku letak cili lebih, lagi power berasap^^ klu nak tgk resepi kat sini. thanks kak An kongsi resepi ni. tp kan kenapa panggil kacang botol? tak de rupa botol pun.......
Kerabu Tuna Kacang Kelisa Chef Wan
Bahan-bahan:
1 tin Tuna Cili Padi TC Boy (K.An dah cuba jenis lain, tak sama rasanya.. jadi gunakan yang dalam resepi ye.. jangan tukar)
1 cawan kelapa putih parut- disangrai sedikit hingga wangi kekuningan
2 sudu besar udang kering direndam sebentar dan tumbuk halus
4 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 batang serai dititik dan ditumbuk halus
1 sudu besar kerisik
2 biji limau nipis diperah airnya
8 urat kacang kelisa dipotong 3 mm tebalnya (kalau nipis sangat, tak terasa rangup bila mengunyahnya)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, putih, dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan udang kering, kelapa parut dan kerisik. Gaul rata hingga campuran kelapa agak kering. Tutup api dan ketepikan.
3. Buka tin tuna dan tuangkan minyak di dalamnya. Keluarkan semua isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kacang kelisa yang telah dipotong tadi dan sambal kelapa kedalam mangkuk berisi tuna. Perahkan air limau nipis. Gaul rata. Masukkan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Ada masam, manis, masin dan pedas...
*** Terima kasih Chef Wan kerana berkongsi resepi yang sedap ni.
Kerabu ni boleh juga dimakan dengan roti pita, roti sandwich atau roti burger.
nyam2, sodapnye. buatkan utk aku semangkuk boleh..
jom join GA dari http://sallcontest.blogspot.com/2010/10/teka-teki-dik-rizki.html
sall,
ada contest ke? okeh....nnt aku joint:)