Assalamualaikum........

kali ni cerita pada hari raya pula. bukan cerita pasal pegi beraya, kuih muih atau hidangan raya, tp nak cerita pasal radis cherry belle yg di cabut pd pagi raya. org sibuk datang raya, aku dgn adik sibuk cabut radish .

pokok radish ni tanam pada 23/6. peringkat awal, anak pokok radish tinggi lampai dan ubinya lambat terbentuk. dari pemerhatian, bila letak bekas semaian di bawah teduhan, batang anak pokok akan jadi panjang/tinggi untuk dapatkan cahaya matahari. ini menyebabkan ubi radish tak terbentuk dgn cepat. apa aku buat, tanam balik anak pokok dari akar hingga ke batang dan tinggal cabang daun yg pertama ke atas. bila buat mcm ni, barulah ubi radish cepat terbentuk dan membesar. hasilnya dapatlah ubi radish yg bulat2 comel dan warna merah yg menarik tu.

bg aku, rasa radish ni  pahit dan pedas. mmg bukan citarasa aku la. mcm mana org barat tu mkn buat salad dgn rasa pedas dan pahit mcm tu? mungkin dorang dah biasa. so, apa aku buat dgn radish ni? tak buat apa2 pun sbb lepas cabut, kembali sibuk dgn raya, langsung lupa dah :) tgk balik dlm fridge, dh kering. masuk blk dlm tmpt kompos. rugi jerrr........... tp ada juga jumpa resepi radish ni di masak dan rasanya akan "mild" sket. next time blh try.


anak pokok yg dh ditanam semula. tinggal daun je atas permukaan tanah.


dh besar dan dh nmpk isinya


kecik sket dr bola ping pong


bentuk lonjong pun ada





mcm2 size dan bentuk





daun radish ni pun blh makan sebenarnya. pun rasa pedas gak


selepas dibersihkan





 


© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum........

sambil rileks2 tunggu waktu lunch habis, wat entry pasal kacang tanah ni dulu. dh lama dh simpan ni, seminggu sblm raya lagi tp atas sbb2 yg tak boleh dielakkan, perap smpi hari ni.

benih kacang ni beli dari tanamsendiri. ada dlm 10 biji rasanya. tanam pada 20/4, benih tumbuh cepat jugak, dalam masa 5 hari dah tumbuh. ada 6 pokok yg hidup dan membesar. tanam dalam kotak gabus putih dan sebatang terus tanam kat tanah nak tgk perbezaannya. tp tak de beza sgt pun dari segi jumlah isi kacang yg dihasilkan.

seminggu sblm raya, pada 1/8, cabut kacang tanah sbb daun dh kekuningan. mak aku pun dh bising dh asik tanya bila nak cabut. dia pun excited jugak ^_^. dari 6 pokok tu, dapat la 27 biji kacang. setiap biji ada 3 ulas isi kacang dalamnya. sikit je isinya. tak pasti sbb apa. mungkin sbb tanah x sesuai atau tak cukup baja. gmbr isi kacang yg dh kopek tak dpt nak snap sbb kali ni bapak aku pula excited nak rebus. sdg aku mandi dia dh masuk periuk dulu nak rebus :D

w/pun isi tak byk tp sgt puas hati atas percubaan pertama ni. rasa kacang rebus yg baru di cabut mmg lain dari yg dibeli di pasar. rasa manis dan isinya penuh dan padat sbb dh cukup matang. teringat masa kecik2 dulu masa tolong mak cabut kacang yg ditanam. mmg puas kami makan adik beradik. lepas ni nak beli benih dan tanam lagi.

yg dlm kotak daun hijau muda sbb terlindung sket
yg di tanah daunnya lebih hijau gelap sbb terima matahari sepanjang hari
mula berbunga
cantik bila bunga keluar skali byk
yg tajam tu akan masuk ke dlm tanah dan jadi kacang.
isi kacang dlm proses pembesaran
daun dh kuning dan layu
masih ada isi kacang yg muda sbb salur kacang sentiasa keluar untuk membentuk isi kacang yg baru
alhamdulillah.........



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum........

rasanya masih blm terlambat lagi kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca. dh sebulan tak update blog. mcm2 hal yg menghalang. pape pun, cerita dimulakan dgn update sawi pak choy renek kerinting, benih kongsi dari tanamsendiri. semai benih pd 6/7, pertumbuhan benih cepat dan skang dh boleh tuai dh rasanya w/pun size kecik aje. dh nama pun renek kan........




ulat terlebih dulu beraya dgn sawi aku ni. daun radish kat sebelah tak kena mkn lak.
 






© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...