Assalamualaikum......... 

nak kata byk sgt tanam bunga, tidak la. skang ni baru nak tambah koleksi. selain bunga hiasan, bunga sayuran dan bunga buahan pun cantik juga.

 
pokok yg tumbuh dari benih yg diambil dari bunga yg ditanam sebelum ni.

mungkin sebab lambat alih ke tanah, pokok tak berapa besar, so bunganya pun comel lote je...

satu pokok byk bunga. tak pernah lak tgk bunga matahari yg mcm ni.

yg ni bersaiz besar.

bunga daisy yg dibeli di cameron pun sudah mengeluarkan bunga baru.

 byk juga bunga yg keluar tp bunga tak tinggi dan tak sebesar yg tumbuh di cameron.

ada lagi yg belum kembang.

bunga kailan.

bunga cili indonesia. buahnya panjang2 kurus2 dan pedasss.... benihnya dapat dari akak cleaner kat opis.

orkid yg rajin sgt berbunga w/pun tak dibaja.

mawar kampung dwi warna.

bunga markisa.

markisa purple, bunganya pun purple.

bunga yg paling tak sabar nak tunggu kembang.

 



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.

Assalamualaikum.......

hampir sebulan kucing ku tak balik rumah. masih hidupkah atau sudah mati? Sebelum jolie hilang, putih terlebih dulu meninggalkan kami. disyaki termakan benda beracun. sedar2 je dh mati kat belakang rumah. skang ni jolie pulak hilang entah ke mana. uwaaaa.............
 
habis sudah keturunan lilo, iaitu nenek moyang jolie. tak de lagi kucing kat rumah ni. jolie sgt manja. tiap kali aku balik keje, mesti terus tergolek terlentang minta digosok perutnya sambil mengeow tanpa henti. sedihhhh...... :'(



jolie dan putih. sgt rapat dua ekor ni

kucing jantan yg ku sangka betina masa kecik. sbb tu nama jolie ^_^

w/pun badan besar tp penakut bila hujan petir

kebanggaan jolie ialah ekor yg kembang yg sentiasa tegak lurus bila berjalan. rindunya...........



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: 6 comments | | edit post
Assalamualaikum.........

lamanya nak sambung part 2. tak de benda pun yg nak diceritakan. cuma nak letak gmbr je. gmbr2 ni diambil kat mardi, kat bhgn sayuran. geram tgk sayur2 yg subur. ada jugak sayur yang berasal dari negara beriklim sejuk. ini hanya sebahagian dari sayuran dan herbs yg ada. yg dh biasa tgk tu, x de gambar.


brussels sprouts

bulat2 kt bwh daun tu

zucchini

kohlrabi

red radish

broccoli warna purple??? x ingat. agaknya la :P

tak ingat nama. tak tgk pun namanya sbb kagum sgt dgn size yg besar tu. rasanya labu air

cauliflower

kobis

tatsoi

tomato

cili


ada juga pokok bunga dan herba yg ditanam dalam pot kecil tuk dijual kepada pengunjung. antara yg sempat diambil gambarnya.

oregano

lavender. daun pun dh ada bau

pudina/mint


kat mardi pun ada tmpt tanam strawberry. mcm farm yg lain jugak, bukan musim buah. buah masak hanya sebiji dua je.







sebagai buah tangan tuk diri sendiri, hehehe.... aku beli pokok bunga gerbera daisy, lavender dan calla lily dan satu pot pokok strawbery kat strawberry farm, taman sedia. nmpknya sehingga ke hari ni masih elok subur kesemua pokok ni.


calla lily

strawberry. bunga jadi kering. mungkin sbb x dpt cahaya matahari sbb letak kt tmpt terlindung

lavender

gerbera daisy



© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: 2 comments | | edit post
Assalamualaikum........

lama sungguh blog terbiar. mcm2 hal daaa...... pastu bila nak update, demam lak datang. akibatnya banyak entry tertangguh. entry ni pun dah sejuk beku sesejuk beku kat cameron highland tu....

pegi cameron pada 21 dec 2012 hari tu lagi. plan asal nak pegi 22 dec tp sume apartment dh full. maklum la cuti sekolah. last2 tukar date, dapat satu rumah teres 2 tingkat kepunyaan dr ayub. nk tgk rumah tu leh gi kat sini. selesa juga rumahnya bg yg berkeluarga besar. ada 4 bilik tidur. sekitar rumah byk bunga cantik2 dan besar2. sempat snap beberapa je sbb malu kat org tertonggek2 tgk bunga mcm org jakun :D


suka sgt dgn bunga ni. calla lily namanya.



kat sana x byk tmpt kami pergi sbb kesuntukan masa ditambah dgn keta abang ipar aku boleh rosak lak time kat sana. sabarrrr je lah. yg paling frust x dpt petik buah strawberry sbb bkn time berbuah. dpt la tgk sebiji dua buah je. next time klu nak pegi kena check strawberry sedang berbuah ke tak. kami hanya pergi beberapa farm kat taman sedia. sume pun mcm tu. sedih :(




ladang teh lak kami pergi kat bharat plantation tu je. x sanggup aku nak drive pergi yg tinggi tu. beli teh perisa strawberry, oren dan green tea. yg paling best, perisa strawberry.



x lupa juga ke pasar mlm dan kea farm tuk shopping sayur. yg seronoknya kat sana bila tgk bunga2 dan sayur2 segar2 belaka. rasa mcm nak duduk kat sana tanam sayur :) persinggahan terakhir kami ialah mardi. kat sini yg byk ambik gambar sbb bunga2 sume cantik2. bila tgk bunga cantik2 tu, smpi lupa nak tgk nama bunga. ada yg ingat ada yg tak. kat mardi pun ada tmpt tanam sayur2, anggur, apple dan herb. skang ni tunjuk gmbr bunga2 dulu. next entry baru tunjuk sayur2 tu sume.









tulip pun ada



silver dust


lupa plak nak tgk apa nama bunga ni. unik sgt kaler dan bentuknya











© 2010 - 2013 rinimemories - All Rights Reserved.
Labels: 7 comments | | edit post

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...