Assalamualaikum...

klu pegi bazaar ramadan, mcm2 juadah berbuka org jual. antaranya laksa. favorite aku ni. berbuka puasa dgn laksa hari2 pun takpe :p

tp hari ni, tak de laksa, sebab yg dlm gmbr tu, buat sblm puasa lagi. biasa lah.....busy mengalahkan pak menteri smpi nak masuk blog pun tak sempat.

resepi laksa ni ambik dari kak wana potret kasih. resepi blh tgk kat sini. kak wana ambik resepi dari  Dapur Citarasawan. bg aku yg hantu laksa ni, mmg rasa sedap. cuba lah...


Laksa Asam  @ Laksa Penang


Bahan-bahan
1 kg laksa basah - guna laksa kering je
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan di potong kecil
2 sudu besar pes udang – x de, ganti ngan belacan
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah – guna 2 labu bawang besar
4 tangkai cili api - letak lebih bg pedassss baru best
4 tangkai cili merah
(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus)

Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris – x letak
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris
6 tangkai daun pudina – guna daun salad
1 sudu petis udang  jika suka - x letak
Sedikit hirisan bunga kantan - x letak
4 biji limau kasturi di belah dua

Cara-cara :
1.  Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak.   Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2.
2.  Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3.  Kemudian masukkan pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.


selamat menunaikan ibadah puasa. 
moga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. 
insya'Allah.......
Labels: 0 comments | | edit post


Assalamualaikum......

pejam celik pejam celik, lagi seminggu nak puasa. cepat sungguh masa berlalu. bila dh masuk bulan ramadhan ni, para ibu dan isteri mula la tercari-cari resepi tuk berbuka kan. moh try resepi daging tumis tomyam dari mat gebu ni. yg aku buat ni, watak utamanya sama, watak sampingan je yg berbeza, ikut apa yg ada kat rumah je. resepi ambik kat sini. resepi yg senang, simple dan sedappp....... thanks cik mat :)

Daging Dan Cendawan Tumis Tomyam

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan - aku rebus dulu daging tu. air rebusan blh digunakan klu nak berkuah sket.
150 gram cendawan butang segar, belah dua -  aku guna shitaki mushroom dan carrot
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi merah thai, belah 2
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 camca besar sos tiram
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1/3 cawan air
1 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun ketumbar sebagai hiasan

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan serai hingga harum, masukkan cili padi pes tomyam dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan daging, gaul dan masak hingga daging kecut. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan cendawan, bawang besar dan gula. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Tambah sos ikan secukupnya dan masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.




© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.
Assalamualaikum...

beberapa hari yg lepas, balik keje, pi belek2 pokok tomato. ada buah yg dh masak. sedang membelek tu, nmpk pula ulat sedang riang ria menjamah buah tomato yg masih muda. mmg mengundang pijakan maut aku ulat ni. takat makan daun tak pe la jugak kan, ni mkn buah. haisshhh.....

klu lewat sket je mau habis buah satu pokok ni

pastu ada beberapa pokok yg mcm dh kena penyakit. sakit apa, tidak lah aku ketahui. pucuk sume mengerekot tp masih blh berbuah.




yg tiba2 kering layu x bermaya pun ada. skang ni dah mati pokok ni w/pun buah masih bergantungan.

nasib baik ada penyejuk hati iaitu buah2 yg sedang merah.
buah yg sama cuma berbeza warna.

apasal merah dia lain ek? mcm wane lipstik pulak. dh selamat masuk mulut.

buah hanya sebesar telur puyuh tp x manis mcm tomato ceri. spesis apakah?

 
© 2010 - 2012 rinimemories - All Rights Reserved.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...