Assalamualaikum...

lebih sebulan lamanya tak update blog. bukan pi mana pun. ada je kat sini. tiap2 hari jenguk blog tgk update dr kawan2 tp nak wat entry tu punya la malas. lepas habis exam, busy dgn keje lak bila colleague cuti bersalin, terpaksa lak ambik keje dia separuh.

pape pun, dlm busy2 tu, sempat lagi meneruskan minat yg terhenti beberapa ketika iaitu bercucuk tanam. aku dh tanam beberapa jenis sayuran. ada yg hidup dan ada gak yg tak tumbuh2 mcm salad, sawi putih dan bunga kobis. yg lain2 alhamdulillah tumbuh dan sedang membesar bagai johan ^_^ blh jadi petani berjaya ni ;)

benih kailan yg baru seminggu bercambah dan dh besar mcm gmbr kt bwh. benih beli kat market.


kailan yg dh dialihkan dan sedang membesar. lupa lak dh berapa minggu. lambat tul nak besar.
kobis bulat tp lom membentuk lagi. sepokok lagi dh kena pijak2 dgn kucing atau ayam, aku tak sure. habis togel sbb daun dh patah2. rasa nak buang daerah je kucing & ayam bapak aku ni.
tomato tanam dalam pasu. tak tahu jenis tomato cherry atau yg besar. kat pek tak tulis lak.
dh kuar putik bunga. yahuuu......
daun sup tanam guna batang yg berakar, belen dari yg guna tuk masak.
anak lobak putih. leh buat kimchi. hihihi.....
anak pokok markisa purple.


sabtu lepas ada terima benih kongsi (kailan) dari tanamsendiri.com. dh semai ahad lepas. sedang tunggu benih bercambah. thanks en. iskandar. bln ni plak dia kongsi benih kangkung. sila la ke sana klu nak benih free. en. iskandar jual mcm2 jenis benih sayuran dan bunga.


Labels: | edit post
8 Responses
  1. sukanya tengok tanam sayur sendiri..kailan tu fevret tu..berapa lama untuk boleh petik ek?berapa harga benih dia?teringin pulak tanam jugak..


  2. Rini Says:

    berapa lama tak sure lah. bergantung pada baja kot. yg kat atas tu tak letak baja sbb tu cenonet jer :P

    klu kat web tanamsendiri tu, 5 pek rm 10. benih leh campur2.


  3. Mama3Q Says:

    as-salam
    Baru jumpa blog ni....berkenan sgt tgk org tanam macam2 pokok sayur..teringin nak tanam juga tapi tak tau cara..cthnya tanah mcm mana nak pakai, baja apa, siram berapa kali...kalau sudi buat la satu entry tentang ini..TQ


  4. Rini Says:

    w'salam mama,

    sy ni minat, tp ilmu tak cukup lagi. takut nnt apa yg diajar tak betul, dah jadi ajaran songsang plak nnt :P
    kena rajin surf blog org lain yg lebih berilmu. salah satunya mama blh tgk kat sini http://www.tanamsendiri.com


  5. Unknown Says:

    saya pun baru mula nak bercucuk tanam. dah 2 kali order benih kat en,iskandar.. memang best bila tanam dapat hasil...

    http://alamistore.blogspot.com
    http://138dirah.blogspot.com


  6. Rini Says:

    salam dira,

    berbudi pada tanah takkan rugi. hobi yg menguntungkan :)



  7. Carlz Says:

    wah meriah anak pokok kailan tu. Ni klo jadi tak habis makan.... sebulan tak gi pasar...


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...