assalamualaikum...
2 hari ni penat giler2
kena dera dgn anak buah dan kakak buat kuih raya
semalam marathon buat kuih raya tuk derang
kakak aku tu baru ada masa nak buat kuih sbb dia menjahit baju
terpaksa tolong jugak

hari ni hari terakhir kita berpuasa
esok umat islam seluruh dunia akan menyambut syawal
selamat hari raya aidilfitri pada seluruh umat islam tidak kira di mana berada
 
dikesempatan ini aku mohon maaf andai ada terkasar kata dan tersilap bahasa
andai ada yg terasa dan kecik hati tu, jgn simpan dalam hati ye ;)
 


tidak lupa juga selamat menyambut hari kemerdekaan negara yg ke-54
dalamilah erti kemerdekaan yg sebenarnya 
bukan hanya pada zahirnya sahaja
peace.....
Labels: 4 comments | | edit post

Hari Raya : Yang Perlu & Jangan Buat

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. 

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka.

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. 

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. 

Sebagaimana kata-kata hukama :-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164) 

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam. 

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya : 
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
 
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan. 

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW : 
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
 
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari). 

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :- 

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya. 

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan. 

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan. 

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT. 

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)
Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan. 

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI
Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari. 

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya. 

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya. 

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman. 

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :- 

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. 

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). 

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari) 

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda :
مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) 

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
 
Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri
"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
Sekian dahulu,
Zaharuddin Abd Rahman
27 Ramadhan 1428 H
9 Oktober 2007
Ulang siar pada 25 Sept 08 ( 25 Ramadhan 1429 H)
assalamualaikum.................

sedar tak sedar lagi beberapa hari kita nak menyambut kedatangan syawal. macam mana persiapan korang? ada yg tunggu nak raya je sbb sume dh ready. dan ada yg masih kelam kabut dgn mcm2 benda nak buat, macam aku ;)

nak masukkan entry ni sblm terlupa. kuih raya tahun ni mcm biasa la, ada siaran ulangan dari tahun2 lepas w/pun ada yg komplen sama je :P nampak entry pasal biskut ni kat rumah hasue kat sini yg asalnya hasue jumpa kat blog kak ummi kat sini. sedap biskutnya. lembut kat dalam, ranggup di luar. proses pembuatan di malam hari. jadi paham2 je la. size yg tak consistent dan ada yg terlebih garing :D



BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
*Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

Labels: 0 comments | | edit post
assalamualaikum.............

adoi....kepala tgh ting tong ni. dari pagi lagi dh rasa berdenyut2. kerja pun terganggu. so, direct to the point lah ye ^_^

terlupa nak letak entry pasal ikan salmon teriyaki yg dibuat beberapa hari yg lalu. ikan salmon yg diperap dgn sos teriyaki dan dibakar. resepi tuk sos teriyaki tu aku ambik kat blog kak maisya kat sini. ada bhn2 yg tak blh kita mkn tu jgn la masukkan jugak ye. sos teriyaki ni sedap sgt. blh juga buat untuk perap ayam dan lain2.


aku beli ikan salmon ni sekeping je, tak smpi 300gram pun tp harga blh tahan. tp berbaloi la sbb ikannya sedap, tak de bau hanyir langsung. saje la nak try masak ikan salmon sendiri. time aku buat ni dh lepas waktu berbuka, so, tak de la masakan lain yg mengiringi ikan ni ;) makan dgn nasi putih je pun dh sedap. sos teriyaki tu tambah kesedapan kat ikan dan sos teriyaki ni plak habis dulu dari ikan :P

cara nak buat senang je. perap ikan dgn sos teriyaki tu sekurang2nya 30 minit. lepas tu masuk oven, bakar smpi masak. klu ikut resepi kat bawah ni, sos tu nak kena masak dulu tapi aku tak masak sos tu sbb nak terus bakar. yg bawah ni klu nak simpan buat stock kot. byk resepi sos teriyaki yg aku jumpa tak letak garlic dan ginger. salah satunya kat sini. ikan salmon dia lagi cantik youu.......


Teriyaki Sauce and Marinade 
SUBMITTED BY: Celestehttp://allrecipes.com/Recipe/Teriyaki-Sauce-and-Marinade/Detail.aspx

"I received this recipe from a Japanese woman and it's the best teriyaki sauce I have ever had."

PREP TIME 10 Min
COOK TIME 20 Min
READY IN 30 Min
Original recipe yield: 1 2/3 cups

INGREDIENTS
2/3 cup mirin (Japanese sweet rice wine) - tak payah letak
1 cup soy sauce - maisya guna kicap pekat manis
4 1/2 teaspoons rice vinegar
1 teaspoon sesame oil
1/3 cup white sugar - kurangkan sebab kicap dah manis
7 cloves garlic, minced
1 tablespoon minced fresh ginger
1 dash red pepper flakes
black pepper to taste

DIRECTIONS
Bring mirin to a boil in a saucepan over high heat. Reduce heat to medium-low, and simmer for 10 minutes. Pour in soy sauce, rice vinegar, sesame oil, and sugar. Season with garlic, ginger, pepper flakes, and black pepper; simmer an additional 5 minutes. Store in a tightly sealed container in the refrigerator


makan dgn broccoli pickle yg adik aku buat sblm ni. sedap!!!


speechless........tiada kata yg mampu diucapkan. hanya mampu menahan segala rasa dalam dada. selain dari rasa kesian dan berdoa, marilah sama2 kita memberi bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat Somalia. moga dengan setiap sen yg kita hulurkan dpt menyelamatkan nyawa anak2 kecil yg baru nak mengenali dunia ni. blh pergi kat laman web Islamic Relief Malaysia (IRM). ambik la kesempatan di bulan ramadan yg mulia ni untuk menambah amal kebajikan.
  
sambil korang tgk video kat atas tu, try imagine, kita yg mewah dgn makanan, berbuka puasa dgn beraneka juadah, kanak2 kat sana nak angkat badan sendiri pun tak larat, hanya menunggu ajal. huaaaaaaa.....tak tahan dah :'(

credit to ben ashaari dan cik mat gebu atas ingatan ni.

WARNING - DO NOT VISIT IRM.ORG.MY ANYMORE! (HIJACKED)
Labels: 0 comments | | edit post


Sejarah Malam Lailatul Qadar : Janggut Lebih Keras Daripada Besi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

Siapakah lelaki Bani Israil itu?

Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.

Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"

Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."

Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.

Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.

Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.

Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.

[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan tersebut.

Biodata Penulis

Muhammad Arif Haris b. Mohd Suhami merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz al-Quran walQiraat Pulai Chondong, Machang. Kini menuntut di Maahad Qiraat Shoubra al-azhar, Mesir, dalam jurusan al-Quran walQiraat. Giat menulis blognya di http://semanisinab.blogspot.com.

Artikel dari iluvislam.com + discover the beauty of islam

assalamualaikum..............

aku cuti hari ni. ptg nnt jam 3 ada exam. so, tak leh wat entry panjang2 mengarut tah ke mana mcm biasa. sambil2 layan buku, layan pc, tepek jugak lah cup cake dari sis rima yg cun melecun ni (dia punya ye, bkn aku). sblm ni pernah tgk kat sis rima punya blog, tp tak muncul lagi keinginan nak buat. bila nmpk ramai dh yg buat, mcm best lak kan. pastu tgk kat blog kak nor, tak blh jadi ni. nak try jugak. tambah lagi ada yogurt yg menunggu masa tuk expired je. maka terhasil la CC ni atau blh jugak kot nak panggil apam. first time buat CC, kukus plak tu. kukus plak kecik je, kena wat 2 turn. rasanya ada yg kena air sbb aku tak balut tudung kukusan tu dgn kain. aku punya tak secantik sis rima dan tak secomel kak nor punya tp mekar la jugak :)) pape pun layanzzzz...........

resepi blh ambik rumah kak nor kat sini. resepi asal dari sis rima kat sini.


YOGURT STEAMED CUPCAKE

2 cups sugar - guna 1 1/2 cawan je. itu pun masih manis lagi. next time kena kurangkan lagi
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder
1tsp chocolate paste
tambah esen vanila

Method
Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

Labels: , 3 comments | | edit post

assalamualaikum..............

beberapa minit lagi nak berbuka ni. mesti ramai yg sdg prepare tuk berbuka. aku baru balik keje ha. mandi pun tak lagi. lps buka baru mandi wangi2 ;) mcm ni la hari2. jln jem sbb tepi jln ada bazar ramadhan, boleh gitu??? pastu penat time puasa ni lain macam. asik mengantuk jer. baru hadap buku 5 minit dh terkulai :p

ahad lepas aku buat trifle tuk abiskan balance2 kek butter yg aku buat sblm puasa. dh masuk bln puasa ni, tak de org nak bg habis. bkn leh mkn2 siang hari. mlm lak tak lalu dh nak mkn kek. so, cari2 resepi, terjumpa resepi trifle ni. resepi dari kak hanieliza, otai masakan yg terkenal tu.

trifle ni ada 3 layer, bwh skali kek, pastu kastard dan atas buah2 campuran dan diakhiri dgn kristal jelly. so, yg kena msk cuma kastard dan jelly je. time aku masak kastard tu, aku tak sure aku letak terlebih susu ke tidak, tp kastard aku tak pekat mcm biasa. bila sejuk, dh jd mcm tau fu fah dh tekstur dia. tp sedap dgn rasa lemak susu tu. pastu bila curah atas kek, dgn kek skali tenggelam^^ patut jd layer atas kek. bila nak hidang, sedikit lembik, jd tak cantik la tegaknya mcm kak liza buat. buah cocktail sume menggelungsur jatuh. hahaha........

resepi ambik kat sini. pasti akan dicuba lagi.


TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll - aku guna kek butter
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry - perisa oren
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula - guna 2 sudu je sbb kek dh manis
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


ha.....tgk la tpg kastard yg tak pekat dh menenggelamkan kek
anggur sekadar hiasan^^ tp sedap gak makan fresh fruit dgn trifle ni
Labels: 0 comments | | edit post
Assalamualaikum........

salam pagi selasa yg sejuk menyucuk ke tulang ni. grrrrr......aircond w/pun low, tetap sejuk. beberapa hari ni, kesabaran ku diuji lagi. kali ni, rasa marah, sedih, kecewa, sume cukup. apabila niat baik dan kepercayaan kita dinodai, mmg cukup menjadi pengajaran. nmpknya aku kena belajar untuk mementingkan diri sendiri. dh tak blh dh nak baik2 dan lembut hati mcm selalu. tp mcm tak mampu je nak berkeras dan tegas dgn kwn2 sendiri :(
bantu hamba mu ini ya Allah..............

mcm mana lepas seminggu berpuasa ni? ada yg dh longgar pakaian masing2? aku siang je longgar, tiba mlm je, back to normal^^ ingatkan blh lah turunkan berat badan time puasa ni. mcm tu jugak padahal aku mkn mcm biasa je. rasanya lg sket kot.

ok, ni nak tunjuk satu lagi korean dish. haisshh......tak habis2 mknn korean kan. yg ni, adik aku yg teringin sgt nak buat. dia yg beli mee, pastu suh aku buat. mknn ni mcm mee hoon goreng kita tp menggunakan starch noodle, yg mcm suhun tu. bezanya mee tidak digoreng. hanya perlu masak dlm air mendidih saja. bahan2 lain plak, digoreng berasingan. kiranya, maknn sihat la ni, tak berminyak dan byk sayuran. leceh sebenarnya nak buat benda ni. tp sbb nak mencuba, buat je la. satu hal plak, terbanyak sgt masak mee. masa kering nmpk mcm sket je, bila dh masuk dlm air mendidih tu, dia kembang, mcm kita rebus spaghetti. dh tak seimbang portion sayur dan mee. letih la adik aku nak bagi perabis japchae ni :P

resepi aku ikut maangchi punya, kat sini. klu tgk dia punya mee, beza dgn aku. mee aku pucat sket sbb tuk seasoning tu aku tak ikut sukatan dia. so, rasanya pun sedikit bland. lain kali kena ikut betul2.


Stir fried noodles with vegetables / 잡채 / Japchae (or jabchae, chapchae, jobchae)

Ingredients:
  • Starch noodles (“dangmyun”)
  • 150 grams of beef
  • 1 bunch of spinach
  • 1 medium size carrot
  • 1 medium size onion
  • mushrooms (5 dried shiitake and 1 package of white mushrooms) - aku guna cendawan tiram je dan tambah celery
  • 3 cloves of garlic
  • 7-8 green onions
  • soy sauce, sesame oil, sugar, pepper, and sesame seeds - sesame seeds tade
Makes 4 servings.
How to prepare your ingredients before stir frying:
  1. Soak 5 dried shitake mushrooms in warm water for a few hours until they become soft. Squeeze the water out of them and slice thinly.
  2. Slice a package of white mushrooms (2 cups’ worth).
  3. Cut a carrot into thin matchstick-shaped pieces 5 cm long.
  4. Cut 7 -8 green onions into 7 cm long pieces.
  5. Slice one onion thinly.
  6. Slice 150 grams of beef into thin strips.
Now let’s start!
  1. Boil 2 bunches of noodles in boiling water in a big pot for about 3 minutes. When the noodles are soft, drain them and put in a large bowl.
  2. Cut the noodles several times by using scissors and add 1 tbs of soy sauce and 1 tbs of sesame oil. Mix it up and set aside.
    *tip: Take one sample and taste it to see whether or not it’s cooked properly. If it feels soft, it’s finished.
  3. In the boiling water, add a bunch of spinach and stir it gently for 1 minute. Then take it out and rinse it in cold water 3 times. Remove any grit or dead leaves thoroughly while rinsing. Squeeze it gently to get the water out, then cut it into 5 cm pieces.
  4. Add ½ tbs soy sauce and ½ tbs sesame oil and mix it and place it onto the large bowl.
    *tip: When you drain the hot water from the pot, don’t discard the hot water. Put it back into the pot so you can cook your spinach quickly.
  5. On a heated pan, put a few drops of olive oil and your carrot strips and stir it with a spatula for 30 seconds. Put it into the large bowl (don’t burn it!).
  6. Place a few drops of olive oil on the pan and add your sliced onion. Stir it until the onion looks translucent. Put it into the large bowl with your carrots.
  7. Place a few drops of olive oil on the pan and add the sliced white mushrooms. Stir it for a bit and then put it in the large bowl.
  8. Place a few drops of olive oil on the pan and add your green onions. Stir for 1 minute and put it into the large bowl.
  9. Place a few drops of olive oil on the pan and add your beef strips and your sliced shitake mushrooms. Stir it until it’s cooked well, then add 3 cloves of minced garlic, ½ tbs soy sauce and ½ tbs sugar. Stir for another 30 seconds and then put it into the large bowl.
  10. Add 2 tbs of soy sauce, 3 tbs of sugar, 2 tbs of sesame oil, and 1 ts of ground pepper to the large bowl. Mix all ingredients, then sprinkle 1 tbs of toasted sesame seeds on the top.
  11. Serve with rice and Kimchi, or as a side dish.

assalamualaikum.............

selamat berpuasa kepada yg berpuasa, yg tak puasa duk diam2 :p dh ada plan apa nak buka puasa petang nnt? huhhh....awalnya korang plan. aku mcm biasa la. time keje ni tak de la nak plan segala macam. smpi rumah je dh jam 7 lebih. hadap je la apa yg mak aku masak atau kuih muih yg dia beli. aku tak byk songgeh pasal makan ni. apa2 yg mak aku masak, sedap la pd tekak aku. nk singgah pasar ramadan plak malas, org bersesak2.

sebenarnya aku nak tayang muffin yg aku buat tempoh hari. lagi skali entry terlewat :p ni kali ke-2 try buat muffin. sian......baru 2 kali. org dh berpuluh kali dah ^_^ . bukan apa, pertama kali wat muffin, umpama gunung berapi meletopsss kebabommm meluahkan lavanya. aku pun tak tahu mana silap. yg pasti, bkn silap resepi sbb ramai org buat resepi yg sama, ok jer. mesti aku yg silap mana2. silap teknik ke atau mmg tak de skil. huaaa....terbantut keinginan tuk try wat muffin lagi. mmg tak berjodoh kot dengan muffin ni :(

tp bila aku merayap2 kat blog izah pecinta muffin tu, baanyaakkkkknya muffin die. rajin sungguh dia wat muffin. mmg muffin lover la dia tu. pastu, aku pikir, why not try skali lagi, kot2 la ok nnt. cari2 resepi yg sesuai dgn brg2 yg ada kat rumah, aku wat yogurt muffin coklat chip. dan hasilnya, ada improvement la dari yg first tu. klu dulu tu langsung tak de rupa muffin, kali ni elok jer terletak dlm cup tu, tak mengalir kuar. tp coklat chip ku cair bila masuk oven. tah apa kena tah. nasib la, tu je stock yg ada kat rumah. rasa dia plak, ni yg nak nangis lagi skali ni, aku hanya dpt mkn separuh je masa mula2 masak. bila nak rasa lagi, dh habis. sape la makan tak ingat kat org tu. agak2, ok la kot rasanya. klu tak ok, mesti tak habis tu. tak pe la, next time buat lagi. resepi asal yg cun melecun muffinnya di sini. thanks to izah. resepi aku copy paste ye ;)


YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
sumber: izahdaut

bahan:
1 cawan tepung 
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. 
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Labels: 0 comments | | edit post

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...