Kita selalu bertanya.....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

1) KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB 





2) KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB 



3) KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB 



4) KITA BERTANYA : KENAPA RASA LEMAH DAN DUKA CITA
?

QURAN MENJAWAB 



5) KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB 





6) KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB 



7) KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB 




dpt dari email. untuk panduan dan peringatan bersama.......
dan aku semakin mengerti tentang "aku nak tp tak dapat, yg aku tak nak, dapat plak". sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. aku redha pada apa yg tersurat dan tersirat. selebihnya kena pujuk dan perbetulkan hati sendiri.


Assalamualaikum………. Sbb lunch time dh nak hbs, tak yah entry mengarut panjang2. Straight to the point. Selepas usaha membuat kimchi berjalan dgn lancar w/pun kadar kejayaannya hanya 80% saje (pendapat aku la), kini diikuti dgn resepi yg menggunakan kimchi yg dah diperam. Kimchi jjigae ni buat beberapa hari yg lepas. Tak tahu dh bape hari terperap kat post draft tu. Tadi baru terperasan entry masih pending. Resepi ikut exactly resepi aeri's kitchen kat sini. Sila pergi sana untuk gambaran yg lebih jelas dan menarik :P

Kimchi stew ni rasa dia lebih kurang mcm kita punya masak asam. Yg bg masam, kimchi tu la. Klu ikut aku yg tak tahan benda masam2 ni, next time kena kurangkan sukatan kimchi. Pastu tukar tuna dgn ikan. Lain mcm lak rasa tuna bila msk mcm ni. Dan aku rasa klu letak bhn2 yg biasa kita letak tuk buat msk asam mesti lagi best. Mcm daun kesum ke, bunga kantan ke atau daun limau purut. Asam keping atau asam jawa, mmg tak payah letak dh. Dh cukup rasa msmnya. Dan tidak lupa kena tambah cili. Letak lici api lagi bagus. Aku tambah serbuk cili byk2 pun tak pedas2. Color dia je yg makin merah, pedasnya tidak. Aku suka kuah stew ni tp tak larat nak mkn kimchi tu sbb masam >_<

Sblm ni aku ada bg kimchi yg aku buat tu kat boss aku, allan. Rupa2nya dia pun suka. Dia kata wife dia buat sup, mcm sup ayam tapi tambah kimchi. Sekejap je licin katanya. Dengan besar hati aku bg lagi satu tupperware kat dia semalam^^. Seronok bila apa yg kita buat, ada org suka. Bertambah semangat nak msk. Lepas ni nak try buat kimchi pancake plak.

Tuna Kimchi JjiGae

Main Ingredients

  • 1½ Cups Kimchi
  • 2 Cups Water
  • 1 Cup Tuna
  • ½ Tofu
  • ¼ Onion
  • 1 Green Onion - tak letak, tak de stock plak masa tu
  • ½ Green Hot Pepper - pun tak letak
  • ½ Red Hot Pepper 
  • aku tambah enoki mushroom

Seasoning Ingredients

  • ⅛ Cup Kimchi Broth
  • ½ to 1 Tbsp Red Pepper Powder
  • 1 tsp Minced Garlic
  • 1 tsp Salt

Directions

1. Cut 1½ cups of kimchi into 1-inch pieces. It is important to use well-fermented kimchi for kimchi soup. Sour (old) kimchi works good also.

2. Slice ½ of a pack of tofu and ¼ of an onion into ½-inch pieces. Cut 1 green onion and the chilly peppers into 1-inch pieces. 

3. Prepare 1 cup of tuna. I recommend tuna packaged in oil instead of water. If you get a Korean tuna can, 1 medium sized can will be enough. Use all of the oil and tuna from the can for the soup. 

4. In a pan, add the kimchi and 2 cups of water. Boil it on high. 

5. Once the soup starts to boil, add the tuna. 

6. Add the onion. 

7. Then add ⅛ cup of kimchi broth, ½ to 1 Tbsp of red pepper powder (depending on your tastes), 1 tsp of minced garlic, and 1 tsp of salt. Adjust the amount of salt depending on the saltiness on your kimchi. If you use tuna packaged in water instead of oil, add 1 Tbsp of vegetable or canola oil, and slap your fingers because I told you to use tuna packed in oil! =P 

8. Cover the lid, and cook for 15 to 20 minutes until the kimchi is cooked. 

9. 15 minutes later, add the tofu, green onion, and hot peppers. 

10. Cook for 5 more minutes and turn off the heat. Enjoy!




Assalamualaikum sume……mcm mana hari ni? Ok ke? Hope everything ok ye :) Mungkin dh terlambat tp aku nak ucap takziah pada mangsa dan keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat tu. Aku rasa dekat je dgn rumah sedara aku. Kejadian ni telah meragut 16 nyawa. Pilu rasa hati bila tgk mayat2 yg dikeluarkan oleh penyelamat. Bertambah pilu bila smlm paknil siarkan temubual dia dgn mangsa dan keluarga mereka bila paknil pi melawat derang kat hospital. Paknil kata ada sorang budak, klu tak silap nama dia khairil yg terpaksa dipotong kaki demi nak selamatkan nyawa dia. Menitis air mata bila dgr paknil berbual dgn mak budak tu. Besarnya dugaan dan ujian yg Allah bagi kat dia dan keluarganya. Apa sgt la klu nak banding dgn ujian yg Allah bg kat aku ni. Moga semua mangsa dan keluarga terus tabah dan sabar menghadapi ujian ni.

Ok, berbalik kpd cerita asal, semalam aku gi kastam dgn Anthony. Time lunch masih kat sana lagi. Mula2 ingat nak mkn kat subway. Parking plak tak de. Dah 1pm, perut dah berdondang sayang dah. Pusing2 kami cari tmpt lunch, last2 jumpa kedai makan “Dapoer  Bandoeng”. Huihh….peliknya nama. Mula2 nak sebut tu, apa benda bandoeng ni??? Spelling tuk bandung kot ;) Aku tak tahu la kenapa nak spell mcm tu =) Anthony kata jom je la try.

Tgk dari luar, halal ke tak ni? Pastu nmpk org melayu, pompuan pki tudung mkn dlm tu baru rasa konfiden. Masa kitorang masuk, org tak ramai sgt, selesa jugak la. Lps tgk menu, masih tak tahu nak makan apa sbb byk jugak menu kdi ni. Tanya dgn budak ambil menu tu, apa yg dia recommend kat sana, dia kata nasi bakar. Ok lah, aku dan Anthony order menu yg sama. Anthony siap order keropok yg pahit2 tu, keropok meninjau ke belinjau, tak ingat la apa namanya.

Sampai2 je nasi kitorang, terus makan tak ingat langsung nak ambik gmbr. Lapar punya pasal la ni. Nasi tu mcm nasi goreng, Ada mcm2 ramuan kat nasi tu. Dibungkus dgn daun pisang dan dibakar. Sedap bangetttt!!!!!!!! Lauk ayam goreng berbumbu, tauhu dan tempe goreng, timun dan daun salad dan sambal. Sambal dia sedap....Keropok cicah dengan sambal pun sedap, mcm mana ni??? Tgk org sebelah mkn mee, nmpk sedap jugak. Aissshhhh.....rasanya sume sedap kot^^ Nasi tu lebih kurang mcm kat bwh ni.

Gmbr ehsan dr uncle google :)

Nasib baik ada ambik dia punya pamphlet. Blh la tepek bg korang tgk apa menu yg ada kat sana.  Dan Anthony dpt satu lagi kedai makan yg akan masuk dlm list utk dikunjungi lagi. Dia tu, nama je Chinese tp suka masakan melayu kampong. Hari2 pi mkn kat kedai asam pedas. Mmg sesuai sgt la. Dan aku pula ada misi terbaru, mencari resepi nasi bakar. Hahaha......byk dah jumpa tapi sume dalam bahasa indonesia. Ada beberapa bahan yg tak tahu. Kena menggali dgn lebih dalam ni^^. Sape2 yg nak pi try, alamat kat atas tu ada.

Labels: , 2 comments | | edit post
skang tgh layan lagu ni. suka3x. sing by haley reinhart AI. jom layan sesama..........



I who have nothing

I, I who have nothing
I, I who have no one
Adore you and want you so
I'm just a no one, with nothing to give you but oh
I love you 

You, you buy her diamonds
Bright, sparkling diamonds
But believe me, dear, when I say
That she can give you the world
But she'll never love you the way 
I love you 

You can take her any place she wants
To fancy clubs and restaurants
But I can only watch you with
My nose pressed up against the window pane 

I, I who have nothing
I, I who have no one
Must watch you, go dancing by
Wrapped in the arms of somebody else
When darling it is I
Who love you
I love you 2x

credit to uploader
Labels: , 0 comments | | edit post
Assalamualaikum...........

dulu aku pernah letak entry pasal facebook (sini). pastu aku baca kat web ustaz zaharuddin plak pasal facebook ni. nnt aku share kat bwh ye. kat sana ada sentuh pasal gmbr2 yg kita upload menjadi tontonan ramai yg entah sape2. dan sejak kebelakangan ni aku rasa mcm malu bila fikir2 org tgk gmbr aku especially yg jelas, terang dan nyata. smpi taik lalat kat muka aku pun jelas kelihatan. tidak la bermaksud gmbr aku dlm keadaan yg bkn2. sebenarnya dari dulu lagi dh rasa takut2 gak nak ltk gmbr kat alam cyber ni. dan akhirnya aku buat keputusan tuk remove gmbr2 aku yg secara solo, gmbr2 yg size besar dan yg HD quality :p yg gmbr ramai2 dan yg kabur biji mata nak tgk tu aku masih biarkan.

pastu kwn2 yg add aku, yg aku dah approve tp aku tak kenal pun sape, aku dh remove dari friends list aku. bkn aku tak nak kawan tp sungguh aku tak kenal dan tak pernah pun bertegur sapa kat fb. pasni aku hanya akan add/approve org2 yg aku kenal saja. klu ada kwn2 blogger yg add, yg aku kenal, aku approve la. maaf la pada yg dah aku remove dari friends list aku tu. klu korang rasa aku mmg kenal dgn korang, bg msg bg tahu aku.


Dosa-Dosa & Facebook
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
 
4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. 

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa. 

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
3 Mei 2010

Annyeong-haseyo...... jgn baca style erul AF tu ye, dia sebut pelik semacam je. jual sayorrr.....bak kata pak nil^^ hahaha.....

haaa.....kan dah kuar bhs korea dah....mesti la nak kena seiring dengan resepi kali ni :p punya la lama aku bercita-cita nak buat kimchi, baru kali ni terlaksana. tu pun bila dh dpt serbuk cili korea yg boss aku beli kat korea tu. asik tgk kat k-drama je, rasa mcm sedap sungguh. berkobar2 nak buat. sebenarnyakan, boss aku beli soybean paste dan chili paste jugak, tp dek kerana was2 dgn kandungan dlm tu sbb tak de cop halal, terpaksa la aku pulang balik kat boss aku tu. nasib baik la dia chinese, blh la dia guna, tu pun klu dia tahu nak buat apa. hehehe.....anyway, thanks allan. ssh payah bw blk dr korea. berat lak tu. time kasih daun keladi.....****winkwink***

resepi aku ikut maanchi punya resepi kat sini. kat sana ada gambar dan video skali tuk lebih jelas. sblm ni aku dah pernah try buat radish kimchi, so dah blh agak la rasa dia mcm mana. dan adik aku kata lebih kurang je mcm yg dia makan kat korean restaurant tu. sukatan bhn2 lak aku letak ikut suka aku je. hasilnya???? terlebih bwg putih, tak bape pedas w/pun kaler dia merahnya mak ngah, manis dan masin tak terasa sgt. tak pe baru first time kan.....;) next time blh betulkan mana yg kurang. mkn mentah aku tak bape gemar tp mlm tadi aku try buat kimchi ramen (megi daa......), sedap la pulak!!!!!! blh la try resepi lain yg menggunakan kimchi lepas ni. jom tgk resepi.

Easy Kimchi

Ingredients:
Baechu (napa cabbage 10 pounds) - kobis cina. aku guna sebiji yg brt lbh kurang 2 kg
salt
sweet rice flour - tepung pulut
sugar
water
garlic
ginger
onion
fish sauce 
squid  - omit
hot pepper flakes - klu blh guna serbuk cili korea tp guna m'sia punya ok gak kot
leek
green onions
carrot
radish.

Directions:
  1. Trim the discolored outer leaves of 10 pounds of napa cabbage.
  2. Cut the cabbage lengthwise into quarters and remove the cores. Chop it up into bite size pieces.
  3. Soak the pieces of cabbage in cold water and put the soaked cabbage into a large basin. Sprinkle salt.
    *tip: 1 cup of salt will be used for 10 pounds of napa cabbage
  4. Every 30 minutes, turn the cabbage over to salt evenly (total salting time will be 1½ hours).
  5. 1½ hours later, rinse the cabbage in cold water 3 times to clean it thoroughly.
  6. Drain the cabbage and set aside.
Make porridge:
  1. Put 3 cups of water and ½ cup sweet rice flour (chapssal garu) in a pot and mix it well and bring to a boil. Keep stirring until the porridge makes bubbles (about 5 minutes).
  2. Add ¼ cup sugar. Stir and cook for a few more mintues until it’s translucent.
  3. Cool it down.
Make kimchi paste:
  1. Place the cold porridge into a large bowl. Now you will add all your ingredients one by one.
  2. Add 1 cup of fish sauce, 2.5 cups of hot pepper flakes (depending on your taste), 1 cup of crushed garlic, 1-2 tbs of minced ginger, 1 cup amount of minced onion.
    *tip: much easier to use a food processor.
  3. Add 10 diagonally-sliced green onions, 2 cups amount of chopped leek, 2 cups of julienned Korean radish, and ¼ cup of julienned carrot.
  4. Mix all ingredients well and your kimchi paste is done.
Action! Mix the cabbage with the kimchi paste!
  1. Put the kimchi paste in a large basin and add all the cabbage. Mix it by hand.
    *tip: If your basin is not large enough to mix all the ingredients at once, do it bit by bit. 
  2. Put the kimchi into an air-tight sealed plastic container or glass jar. You can eat it fresh right after making or wait until it’s fermented.
korang kena pandai2 la adjust ikut tekak korang ye. kimchi blh mkn terus lepas buat tu atau bg fermented dulu. klu nak cepat fermented letak je kat mana2 ceruk dapur korang pada suhu bilik. klu nak slow process, letak dlm fridge. dari sebiji kobis tu dpt byk jugak. tp jgn risau, kimchi simpan dlm fridge blh tahan lama. kimchi ni jugak blh mkn mcm tu je dgn nasi, buat stew, cmpr dlm megi^^, penkek, nasi goreng. pendek kata, suka hati korang la nak buat apa. kekeke..........

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...