salam sume............lama tak jengah blog. busy sgt minggu ni. dgn exam & keje yg tah bila nak abis. time kasih lah pada yg masih sudi singgah sini.

tak lupa juga nak ucap tahniah pada anak buah aku, mohd syafiq kerana mendapat 4A1B dlm UPSR. w/pun tak dpt 5A, jgn putus asa. ni baru permulaan. akan byk lagi exam yg akan ditempuhi. kena terus berusaha smpi berjaya. fighting!!!!!!

cite pasal ayam ni, sebenarnya dah lama teringin nak wat ayam panggang. bila tgk blogger sana sini tayang derang punya ayam, makin membuak2 rasa tu^^ tak leh jadi ni, terus bakar sekor :) resepi aku ikut dari dapur mat gebu yg glemer tu, kat sini. jom la layan resepi. tak reti aku nak tulis ape di jam 2.20 pagi ni.


Rosemary Lemon Honey Chicken

Bahan2:

1/2 ekor ayam, kerat dua, cuci bersih dan toskan
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 1/2 camca besar herba rosemary
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca teh parutan kulit lemon (bahagian kuning sahaja)
3 camca besar madu
2 camca besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak biasa)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar lada hitam biji
1 biji bawang besar, belah 6

Cara:
  1. Ayam tadi dicucuk dengan garfu, ketepikan. Kisar kering lada hitam dengan 1 camca besar herba rosemary kering hingga hancur, tapi tidak terlalu halus. Ketepikan.
  2. Tumbuk lumat bawang putih. Satukan semua bahan lain kecuali bawang dan garam. Kacau rata dan masukkkan lada hitam + rosemary kisar tadi, kacau rata menjadi pes. Tambah garam secukup rasa.
  3. Lumur bahan2 tadi pada keseluruhan ayam hingga rata. Perap 2 - 3 jam atau semalaman dalam peti sejuk. Letak ayam tadi dalam aluminum foil bersama bawang besar belah dan taburkan bako rosemary atas ayam. Bungkus kemas. (mat buat 2 bungkusan)
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 50 minit - 1 jam. 10 minit terakhir, buka bungkusan aluminum dan sambung bakar untuk mendapat kulit yang keemasan.. Hidangkan.
ini aku punya. hehehe......

bila weekend je, mesti mcm2 benda nak buat kan. bg aku, masa tu singkat sangat. pejam celik pejam celik, dah ptg. tambah plak isi rumah bertambah dengan 2 org budak nakal yg tak reti duduk diam. tiap hujung minggu anak buah aku akan balik. nak belajar mengaji dgn atuk dia aka bapak aku la tu.

bila dah balik tu, mcm2 la minta. mentang2 makcik diorang ni baik (sila muntah klu tak tahan^^), ada je benda minta aku buatkan. terutama ika, "cik ni, kita nak buat apa nnt?" klu dah tanya mcm tu, paham2 je la. mcm tau2 je dia aku tengah berusaha nak menghabiskan stock barang2 kuih raya hari tu yg masih bersisa. pikir punya pikir, buat cheese kek la. mcm dah lama je tak mkn cheese kek. maka siap lah cheese kek aku..........

lembut, gebu dan rasa cheese yg just nice. tak muak bila mkn. sedar tak sedar, satu slice, dua slice msk mulut. buat jumaat mlm, msk peti sejuk, pagi letak toping, potong2, petang dah licin. tapi kan, kek aku rupa tak cun la. tepi2 kek, berkedut seribu. agaknya sebab baking paper alas acuan kek yg jadi mcm tu. nak kena tuntut ilmu lagi ni.

resepi asal di sini. thanks tuan punya resepi, Alma (myresepi).

Cotton Soft Japanese Cheesecake
By Alma (Myresepi)

Bahan-bahan ( 8-inci )
    * Bahan A:
    * 250g cream cheese
    * 50g butter
    * 100 ml susu segar (fresh milk)
    * 6 biji kuning telur
    * 1 sdb jus lemon
    * 1/4 sdk garam
    * 60g tepung kek / tepung superfine - aku guna tpg gandum je
    * 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
    * Bahan B:
    * 140g gula (granulated sugar)
    * 6 biji putih telur
    * 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan cheese td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). - cara aku, masuk air panas dlm dulang pembakar lain, letak di bawah rak bekas/tin adunan kek tadi. dulang air rak bawah, rak atas, tin kek. style cengini dpt kat forum cari. mmg tak de masalah dgn kek masuk air.

Myspace Glitter Text - http://www.glittergraphictext.com


wish all my Hindu friends a very Happy Deepavali
devi, prem, vasu, ganesan, thiru, sutesh, saras
ahh....abg karu kat singapore. hehehe.....lupa plak
dan lain2 yg tak tersebut tu
rindu korang ♥♥
oohhh.....hampir aku terlupa setelah seminggu blog terbiar tak ber-update. ni penyertaan last minit la ni. sorry la sall. acik terlupo......

cik sall ni suh kita masuk peraduan mari mengira dgn anak dia, dak rizki tu ha. so, kena buat entry spesel la tuk dak rizki tu. so, jom start kira gmbr di bwh. apo ko bondo alah dlm bakul tu. belon? klu ikut budak2 punya jwpn, blh jadi buah betik???? hahahaha................nak jwp ikut org dewasa ke, atau jwpn budak2 yg imeginasi dorang yg diluar kotak kasut tu. think out of the box, kata omputih. hehehe...........

besor...kecik...besor...kecik....mata aku mengira depan pc ni. rasa2, dah bertambah power spek mata aku ni. habis monitor pc aku ni bercakar2 dgn pen, menanda belon^^



Syarat penyertaan sangat mudah:

1. Follow kedua2 blog saya. http://salldann.blogspot.com dan http://sallcontest.blogspot.com (bukannye apa cuma nak merapatkan silaturrahim antara kita dan Sebab terasa sayang sangat2 dengan blog ini.) - done.

2. Tajuk n3 ~~~Teka Teki Dik Rizki~~~ - sedang buat ni....

3. Lepas tu tinggalkan jwpan anda di kotak komen ini dan tinggalkan link anda sekali ye. Biar mudah dik rizki jejak nanti. Jangan di chat box ye. Nanti susah Dik Rizki nak kesan. - kojap laie....

4. Tag seorang prenn baik anda dan pastikan mereka taw - aku tag ko je lah ye sall. kita kan BFF comolot gituh. hahaha.....

5. Jawap soklan dibawah ini. - okeh

6. Letakkan banner ni kat side bar korang.  - siap!!!!!!!!!

Soklannye:
Teka benda dan jumlahnye....
Benda: ................BELON
 
Jumlahnye: .........21 BIJI

Labels: 2 comments | | edit post

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...