sedang lebat berbuah

salam t/hari sume. dah lunch lom???? aku tgh mkn ni^^.............lama tak update blog. bkn apa, tak de benda nak cerita. mls la nak cerita benda2 yg biasa dan remeh. selain tu, agak kebizian sket.

kali ni nak tunjuk tanaman yg ada kat area rmh aku. ni pkk roselle aku. dpt benih dr kawan. dah 2 kali raya aku hidang jus roselle ni kat tetamu. sume pun ckp sedap. siap derang ambik lagi bunga dan benih roselle ni. klu time hari panas terik, minum air roselle mcm kat bwh tu pasti menyegarkan badan. tol tak? buahnya blh buat jus, jem, halwa. klu time raya, tak payah nak beli kordial jual tu, buat sendiri lagi selamat dan terjamin. pkk roselle ni sebenarnya byk khasiatnya.

bunga roselle ada mcm bunga raya sket

Hibiscus Sabdariffa L. adalah dalam keluarga Malvaceae atau lebih dikenali dengan nama Roselle. Pokok roselle, di kalangan penduduk tempatan dikenali sebagai asam paya atau asam susur, boleh ditanam melalui biji benih atau juga keratan batang merupakan tumbuhan yang subur di kawasan beriklim tropika dan subtropika. Ianya berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Di negara ini, roselle ditanam secara komersial di sebelah pantai timur Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu di atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor.

Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 3 meter serta mengeluarkan bunga hampir setiap tahun, mempunyai banyak kegunaan tetapi penyalut buahnya yang paling kerap dimanfaatkan.

Kajian saintifik menunjukkan roselle terbukti mengandungi khasiat dan nilai perubatan yang cukup tinggi. Ekstrak roselle mengandungi vitamin C iaitu asid askorbik pada tahap yang tinggi, asid malik, aspartik asid den antosianin, Antosianin adalah pigmen yang memberi warna kemerahan kepada roselle. Ia berkhasiat sebagai antioksidan yang mana dapat membantu proses metabolisma sekiranya diambil secara berterusan.

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi setiap 100gram roselle kering. Selain itu, setiap 100gram roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.

Penyalut bunga roselle boleh diproses untuk dijadikan hasilan makanan/minuman seperti kordial, pati, jem, halwa, puri dan serbuk. Malahan kepada pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri. Selain menjadi nilai tambah hasilan lain seperti tart, bahulu, kek, muffin, coklat dan acar buah-buahan.

KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE .
Membantu penghadaman
Melembutkan dan menyihatkan kulit
Membantu melancarkan pembuangan air kecil
Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati Roselle mempunyai khasiat:
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

sumber asal di sini

klu nak wat jus, asingkan kelopak dan isi buah rossele, rebus atau rendam dgn air panas pun dah cukup. klu nak kelainan sket, masukkan kulit lemon sket (sagat atau hiris nipis, jgn ambik yg warna putih) nak bg harum lemon. rasanya ada mcm ribena sket. sbb tu ada juga org panggil pkk ni pkk ribena.

jemput minum....

salam......kat rumah ni ada sebatang pkk kacang botol/kelisa yg sgt subur. mak aku lah yg rajin sgt tanam kat tanah yg sekangkang kucing ni ;) tp ok gak. klu tak de benda nak buat sayur, pegi kuar rumah, petik je terus buat ulam. skang ni, tiap2 kali mkn, pasti aku buat ulam. sedap klu mkn yg baru petik. krup krap krup krap bunyi dia. sgt fresh dan kira sayur organik la ni. tak de guna racun serangga. tgk la betapa suburnya pkk kacang ni. btl la kata org, berbudi pd tanah tak akan rugi.


bila dah tiap2 hari buat ulam, boring jugak kan. so, time aku skodeng blogger2 otai dlm masak memasak ni, aku jumpa resepi kerabu kacang kelisa ni kat blog kak An. pe lagi, cuba test try la. sedap!!! cukup segala rasa. agaknya klu aku letak cili lebih, lagi power berasap^^ klu nak tgk resepi kat sini. thanks kak An kongsi resepi ni. tp kan kenapa panggil kacang botol? tak de rupa botol pun.......

Kerabu Tuna Kacang Kelisa Chef Wan

Bahan-bahan:
1 tin Tuna Cili Padi TC Boy (K.An dah cuba jenis lain, tak sama rasanya.. jadi gunakan yang dalam resepi ye.. jangan tukar)
1 cawan kelapa putih parut- disangrai sedikit hingga wangi kekuningan
2 sudu besar udang kering direndam sebentar dan tumbuk halus
4 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 batang serai dititik dan ditumbuk halus
1 sudu besar kerisik
2 biji limau nipis diperah airnya
8 urat kacang kelisa dipotong 3 mm tebalnya (kalau nipis sangat, tak terasa rangup bila mengunyahnya)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, putih, dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan udang kering, kelapa parut dan kerisik. Gaul rata hingga campuran kelapa agak kering. Tutup api dan ketepikan.
3. Buka tin tuna dan tuangkan minyak di dalamnya. Keluarkan semua isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kacang kelisa yang telah dipotong tadi dan sambal kelapa kedalam mangkuk berisi tuna. Perahkan air limau nipis. Gaul rata. Masukkan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Ada masam, manis, masin dan pedas...
*** Terima kasih Chef Wan kerana berkongsi resepi yang sedap ni.
Kerabu ni boleh juga dimakan dengan roti pita, roti sandwich atau roti burger.


salam sume......dah dinner ke? aku baru je lps dinner, senak perut dah. hari ni puasa, buka puasa dlm keta, minum air dan kebab je. smpi rmh, kebulur nasi^^

klu entry sblm ni pasal kek sarang lebah permintaan syafiqa, kali ni permintaan abg dia plak. sebenarnya dia minta lasagna, tapi kat rumah ada macaroni je, buat je lah apa yg ada.

so, aku decided buat macaroni cheese style kak diana. aku buat ni smlm sebenarnya. petang dah nak magrib baru siap bakar. klu nak tgk  resepi asal di sini. kat sana ada tunjuk step2 bergambar sekali.

klu ikut tekak aku, macaroni yg dah digaulkan dgn sos merah pun dah sedap. klu dah cmpr dgn sos putih/keju, lagi la sedap. tp tak leh mkn selalu ni, blh jadi besar bagai johan body tu^^ anyway, thanks kak diana sudi kongsi resepi :)

D’STYLED MACARONI AND CHEESE

Bahan-bahannya (Untuk 3 loyang kecil aluminium)
1 paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce - aku guna tomato puree je
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
**aku tambah oregano dan bay leaves sbb guna tomato puree. klu guna sos prego, tak perlu.

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut

Cara-caranya
1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.- msk oregano & bay leaves.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
 9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.

Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..

panasss....panass....baru kuar dari oven....

baru je masak dah nak potong dan rasa. 
bila dah sejuk baru cantik bila potong

salam t/hari......demi melangsaikan janji kat anak buah aku, mlm sabtu hari tu, dlm mengantuk tidur2 ayam, berjaya gak aku bakar kek sarang lebah tuk syafiqa.

sebenarnya dah pernah buat kek ni beberapa kali dan mengikut beberapa resepi. tp sebelum ni sarang lebah tak berapa menjadi. lebah merajuk tak nak buat sarang kot ;) kali ni try resepi yg aku dpt kat forum cari yg ditepekkan oleh yume, resepi dr puan halimah (alaf 21) katanya. kali ni puas hati la sket dgn sarang lebah tu.

lepas isyak, aku start buat adunan, perap 1-2 jam je, terus bakar. nak tunggu smpi 4 jam, alamatnya, besok baru bakar kek. mata dah ngantuk sgt^^ nak bancuh adunan senang je, aku main blender je sume, nak perap yg lama. pape pun, kek sedap, manis sedang elok. time kasih yume krn tepek resepi dan time kasih tuan punya resepi sbb kongsi resepi ni.


Kek Gula Hangus Puan Halimah

Bahan:
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas. Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan cucu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.



Labels: , 7 comments | | edit post
dan lagi sekali aku lmbt
lmbt msk blog je, tahu dah lama dah
busy okehh.......

sape peminat k-pop mesti dah beli tiket nak tgk showcase ni
bkn senang nak dpt peluang mcm ni
tambah2 lagi artis ni antara artis tersohor di korea dan asia


sape nak tahu detail lebih lanjut, tgk kat sini


“JYJ NEW ALBUM SHOWCASE TOUR 2010″ IN MALAYSIA

MAIN ORGANIZER/TOUR PROMOTER: REDSTAR PRESENTS
EVENT MANAGED BY: MARCTENSIA

DATE: OCTOBER 17, 2010
VENUE
: STADIUM NEGARA KUALA LUMPUR (INDOOR)
TIME
: 2:00PM -4:00PM
credit to redstar.
~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~:~

tp, honestly, aku lebih suka tgk derang aktif sebagai "DBSK"
sbb aku jatuh cinta dgn derang as BDSK
bkn secara individual
bg aku, bila derang berlima, everything perfect
nyanyian, tarian, harmoni, attitude, sume pun bagus
moga masalah yg melanda dpt diselesaikan dgn baik
dan kekal as DBSK forever
"AlwaysKeepTheFaith"
Labels: 0 comments | | edit post

salam.....
ye...ye...aku tahu, sume pun dah tahu pasal ni
just nak menghangatkan suasana
tinggal 2 hari je lagi menjelang showcase
ticket pun dah sold out
hebat!!!!!!!!

sape yg tak dpt pegi
kita doakan je lah event ni berjalan dgn lancar dan sempurna

maher zain dah pun smpi di m'sia last week
ni gmbr2 dia kat sini
gmbr2 ni dari facebook dia

smpi kat klia

sidang media

kena interview

kat radio ikim
Labels: 0 comments | | edit post

salam....satu lagi GA yg menarik tertarik meletop hadiah dia^^ bestnya klu dpt ni. Happy 1st anniversary  pada blog cik atie. sapa nak joint GA ni, klik kat sini.

hadiah2 seperti di bawah. tarikh tutup pada 18/10/2010 pada pukul 12 tengah malam!!




terjumpa GA dari blog Kelly's Life yg menganjurkan GA sempena ulangtahun perkahwinannya.
happy anniversary to Mrs Kelly Walther
 
sape2 nak joint GA ni, sila klik kat sini dan ikut syarat2 di bawah

Syarat-syarat penyertaan :

Mestilah Kelly's Life blog follower

Terbuka pada follower kat Malaysia, kalau yang luar nak join, kena bagi alamat di Malaysia

Linkkan blog Kelly's Life di blog anda

GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011

Dan buat N3 kat blog masing2

Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di sini

Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"

Hadiah-hadiah yang akan dimenangi adalah seperti dibawah : )






menarik kan :)


salam.......dah makan mlm lom? blom!!!!!!! hehehe.....sendiri tanya, sendiri jawab. apa menu mlm ni? aku tgk mak aku dah masak udang goreng bercili dah tu. tapi aku bkn nak letak resepi tu. yg tu senang je. sume pun tahu gaknya. ni aku nak ltk resepi udang mentega nestum. buat hari ahad aritu sebenarnya. nak wat entry je yg lambat sket.

resepi dari myresepi. buat udang mentega nestum ni sbb nak habiskan balance nestum tuk buat kuih raya aritu, mentega pun ada. nak buat pun senang. rasa plak sodapppp.....tp aku rasa aku punya sarang2 telur dan nestum tu tak bape garing la. klu garing mesti lagi terangkat. pastu perah sket lemon. resepi asal kat sini

Udang Mentega Nestum

Bahan-bahan ( 7 )

  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari - aku tak de daun kari, ganti dgn daun limau purut
  • 1/2 cawan susu cair- aku guna fresh milk
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak - kat resepi tak letak time bila cili masuk, aku masuk sekali kat step ni.
  4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang... 

    artikel yg dapat menjelaskan segala kekecohan berhubung isu wang sumbangan haram dari kerajaan penang seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak. credit to ustaz zaharuddin di ww.zaharuddin.net


    Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi?

    Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.
    DARI SUDUT HUKUM
     
    Jika dilihat dari sudut hukum,  jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.
    Fakta berikut perlu difahami:
     
    1.  Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
    Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.
    Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.
    2.   Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
    Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
    3.  Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
    Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )
    PANDANGAN ULAMA MAZHAB
     
    Ulama hanafi menyebut :-
    والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
    Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)
    Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
    Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
    وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
    Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)
    Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
    وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
    Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)
    Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
    إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
    Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)
    RINGKASAN DALIL 
     
    Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
    1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
    هذا سحت فتصدق به
    Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
    Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
    2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
    3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
    KESIMPULAN 
     
    ·       Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.
     
    ·    Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
     
    ·       Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
     
    ·       Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima. 
     
    ·       Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
       
    Sekian
    Zaharuddin Abd Rahman
    www.zaharuddin.net
    30 Sept 2010

    artikel asal di sini.

    Linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...