salam t/hari sume......dah lunch lom? aku blom lagi. jap gi la. tak de selera lak hari ni. tp kena mkn gak sbb nak mkn ubat. aku punya selsema ni tak hilang2 ha. mkn ubat, ok. ubat habis, selsema datang balik. tak pernah lak mcm ni sebelum ni.

pape pun, perjuangan mesti diteruskan. perjuangan tuk update blog. hehehe....ni pun dah tertangguh 2 hari. buat sup cendawan ni, ptg ahad lps. lps habis kelas ptg tu, berkejar blk nak ambik anak buah aku 2 org tu. diorg nak balik rmh aku, nak buat kek sarang lebah katanya. tp sbb hari dah hujan rintik2 dan guruh pun dah berbunyi, tukar plan buat sup cendawan lak.

resepi ni ambik dr myresepi, kat sini. sedap gak. mkn panas2 time hari sejuk2, blh panaskan badan^^. nak lagi best, mkn dgn garlic bread mcm kat piza tu. tak yah pi piza dah pas ni, dah blh wat mushroom soup sendiri.

Mushroom Soup

Bahan

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam - aku tambah lagi setengah sbb tak ltk ajinomoto
  • 1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto - tak letak
  • 1 cawan tepung gandum - bancuh dgn sket air

Cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti. 
tak dpt kek, sup pun jadilah.....

    pic credit to axn

    TARA is back!!!!!!! 
    antara favorite program yg mesti tgk. 
    mlm ni first episod. 
    kena ingat ni. 
    jgn terlupa mcm the biggest loser asia tu.
    langsung tak ingat selasa lepas dah start.
    nak tgk senarai peserta pegi kat sini.

    Labels: 3 comments | | edit post
    Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

    1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
    2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
    3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
    4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
    5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

    Menurut Nabi Muhammad SAW Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

    Menjauhi Dosa
    Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

    Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

    Sakaratul Maut
    Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakaratul maut, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikat maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga, kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita.

    Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

    Jambatan Menuju Syurga/Neraka
    Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas.

    Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

    Syurga
    Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

    Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

    Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hari raya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.

    Aidilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

    Mudah-mudahan hari raya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakaratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

    artikel asal di sini
    credit to www.iluvislam.com
    Labels: 0 comments | | edit post

    salam lagi sekali^^ ambik kau, entry back to back katanya. hahaha.....

    kali ni, biskut yg mmg cepat habis time raya. dan sbb biskut ni jugalah, dah 2 tahun berturut-turut, aku kena bergelumang dgn tepung untuk kali kedua selepas raya. adik2 aku nak tapau bawa balik U, kuih dah abis, kena la buat lagi sekali. org dtg rumah tuk raya, aku kat dapur bakar kuih raya^^

    resepi ni pun ambik dr blog maklang, kat sini. nak buat senang, bila makan sedap dan ranggup. tp aku ada buat silap time ni. buat dua adunan tp tang serbuk penaik, letak ikut satu adunan je, result dia, biskut tak berapa kembang. dah lah aku gentel kecik2 come lote je. sekali ngap je masuk mulut. tp rasa ttp menten best okay.

    Chocolate Oats Crips
    Sumber : Koleksi resipi oats
    Bahan
    130g tepung gandum }
    30g tepung jagung }
    20g serbuk koko } ayak
    ½ sk serbuk penaik }
    ¼ sk serbuk kulit kayu manis } - aku tak letak
    ¼ sk garam - aku tak letak 
    90g Quaker Oat Segera
    200g mentega
    120g brown sugar
    ½ sk esen vanilla
    Cara
    Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
    Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
    Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
    Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
    Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
    Potong atau terap dan letak atas dulang.
    Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.
    Nota
    Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D



    salam........

    kena pegi brunei ke nak mkn biskut ni? tak perlu.....kat dapur rumah sendiri pun boleh, tp kena bakar sendiri la ye. hehehe........errrr.......mmg asal brunei ke biskut ni? ontah...akak tak tahu....

    ni first time buat biskut ni. selama ni mcm tak heran je bila dgr nama biskut suji. tp bila ramai yg kata sedap, cuba try test la. blh tahan rupa2nya. gigih anak buah aku tolong gentel2 kuih ni. nak tlg sgt, last2, dia yg serender dulu. resepi aku ambik dari blog maklang. kat sini. thanks maklang :)


    SUJI BRUNEI
    Sumber : Harlina Mahdar RNet

    200gm minyak sapi (gheeblend)
    100gm Shortening
    180gm gula kaster
    100gm cornflakes - kisar halus
    1 biji kuning telur
    80gm tepung jagung
    80gm tepung suji
    tepung gandum secukupnya - tak de sukatan - sampai jadi doh je

    Bahan sadur:
    susu tepung + Nestum Kisar + (gula aising)

    *(mklang guna susu Everyday jadi tak perlu campur dengan icing sugar sbb dah sedia manis)

    - aku tak letak gula ising sbb manis dah ok dan susu tepung letak sket je. not a big fan of susu^^

    Cara:
    - satukan minyak sapi, shortening dan gula. gaul hingga lembut
    - masuk kuning telur. pukul lagi. masuk bahan2 lain.
    - akhir sekali masuk tepung jagung sedikit demi sedikit. uli hingga menjadi doh.
    - terap dan bakar.
    - dah sejuk salut dengan susu tepung + nestum kisar + (**gula aising) agak2 kalau dah manis tak yah letak gula



    salam.....mesti ramai yg dah start cuti raya ni kan. aku start cuti hari khamis. buatnya bebetul raya hari khamis yg mcm kes sms tu, tak ke haru. byk benda tak buat lagi ni. cpt btl smpinya raya kali ni. pejam celik pejam celik dah nak raya.

    berbalik kepada entry, antara kuih raya yg mesti ada tetiap tahun. lama dah simpan resepi ni. aku pun dah lupa mana aku salin. terima kasih la ye pd tuan punya resepi. tapi aku tgk resepi lain2 pun lebih kurang jugak. cuma kena pandai improvisekan sket.

    Cornflakes Madu

    Bahan:
    1/4 cawan mentega
    1/4 cawan madu
    1 sudu makan gula
    4 cawan cornflakes
    1/2 cawan kacang tanah - rendang tanpa minyak, tumbuk kasar

    Cara:
    Mentega, Madu dan gula dimasak hingga mentega cair, guna api yg kecil.
    Masukkan cornflakes dan kacang tanah ke dalam bekas.
    Tuang bahan2 yg dicairkan tadi ke dalam bekas cornflakes.
    Gaul rata dan masukkan dalam paper cup.
    Susun dlm loyang dan bakar selama 10 minit atau bila cornflake dah berwarna keemasan.


    salam............terus layan resepi la. resepi dari dila bangi kat forum cari. thanks dila. sonang jo buat biskut ni. sedap dan rangup. penggemar nestum mesti suka ni :)

    Biskut Nestum
    Bahan:
    3 cawan nestum
    1 ½ cawan gula halus                 
    3 cawan tepung gandum
    Minyak sapi (ikut lembut)

    Cara:
    Minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebentar. Gaulkan semua bahan kering tadi kemudian masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Teraplah dengan acuan sesuka hati. Sebelum bakar, sapu kuning telur di atasnya dan bakar hingga kekuningan.


    salam jumaat.....dah 2 mlm berturut2 aku tak wat pape. mkn ubat selsema, kejap je, mata terus kuyu. abis projek buat biskut raya aku. almond london tak coating coklat lagi. esok la nmpk gayanya kene siapkan.

    biskut samperit pandan ni aku buat hari  isnin lepas kot. hahaha.....smpi lupa bila buat. nmpk sgt entry tertunda kan^^ resepi ni aku ikut dari blog kak wan, kat sini. kak wan punya biskut cantik sgt tau. sume biskut yg dia buat, sume cantik2. geram2 je tgk. tak mau cite panjang, resepi cnp dr kak wan, thanks kak wan :)

    Pandan Green Lace Cookies / Biskut Samperit Pandan

    Bahan A
    200gm mentega
    100gm gula ising
    1 biji kuning telur
    1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
    1/2 tsp pewarna hijau epal

    Bahan B
    250gm tepung gandum
    50gm tepung jagung
    30gm tepung kastard

    Hiasan :  Coklat masakan putih dan manik hundred thousand - aku tak buat, tabur manik gula je.

    Cara :
    1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 1 jam.
    2.  Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan.  Potong mengikut saiz di kehendaki.
    3.  Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
    4.  Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
    5.  Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.



    salam......sedar tak sedar dah 23 hari kita berpuasa. tinggal seminggu je lagi nak raya. cepat betul rasanya.

    kali ni nak tayang biskut yg menjadi kegemaran anak buah aku - biskut susu. buat satu adunan, dpt sebalang kecik, asik nak mencukai je keje dia. biskut ni, bukan saja menjadi kegemaran budak2, sesuai juga untuk org tua yg tak de gigi. hehehehe.....sebab, tak payah nak kunyah2 ok, masuk mulut je, terus cair. bak kata omputih, melt in you mouth^^

    biskut ni sensitif sket, dr nak membuat, smpi la nak mkn. klu nak makan tu, tak yah lah nak gigit kerat 2 ke apa, alamatnya berderai seribu la. sbb tu aku buat kecik2, sekali ngap masuk mulut je :)

    resepi dpt dr kak merpati di myresepi, nak tgk kat blog kak nor pun blh. diorang buat cantik2 je, ni first time aku buat, bila dah bakar tu, biskut jadi retak2. dah last2 tu, baru ok sket. tak tau apasal. kena menuntut ilmu lagi nih.....resepi aku kopipes dr rumah kak nor. thanks akak berdua :)


    BISKUT SUSU @ MILK COOKIES by Merpati 66 MyR

    Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )
    250grm tepung jagung
    1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan) - aku guna 11 sudu besar. lupa lak nak sukat ikut cawan. kes takut termanis sgt^^
    1 sudu baking powder
    butter /marjerin untuk uli tepung
    perwarna -ikut suka

    Cara-cara
    Gaulkan tepung + susu pekat manis.
    Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
    Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
    Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
    Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

    retak menanti belah, msk mulut, terus hancur^^

    salam.....

    susah tol bila tak de pc ni. nak update pape pun susah. personal file pulak sume simpan kat sana. minta2 tak kena reformat la pc tu. klu tak abis aku punya file2 tu sume.

    tahun ni, tah apasal, malasnya nak buat biskut raya. bercinta nak mulakan buat biskut ni. biskut yg dah buat pun sume jenis yg gentel2 pastu bakar :) tak yah terap2. klu aku buat jenis yg terap2 ni sorang2 malam2, mau kul 2am baru siap. alamatnya ting tong la pala aku kat opis pagi esoknya.

    salah satu biskut yg senang, main gentel2, campak2 je, biskut coklat chip nestum. resepi ni dpt dari maklang, kat forum cari. biskut ni sedap, ranggup dan kaya dengan rasa coklat chip. anak buah aku suka tol biskut ni. antara biskut yg cpt habis time raya.


    Biskut Choc.Chip Nestum [MakLang]

    Bahan
    BhnA
    1 1/2 cwn tepung naik sendiri }
    1/2 st baking powder            }   diayak bersama
    1/2 st soda bicarbonate        }

    150g majerin/mentega
    120g gula castor
    1 biji telur
    1 st esen vanila
    1 cwn nestum
    1 cwn choc.chip

    Cara
    Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan. Masukkan telur dan esen vanila.
    Masukkan choc.chip dan nestum ke dalam Bahan A, gaul rata dan masukkan ke dlm adunan mentega tadi.
    Ambil sket adunan (sebesar biji guli), tekan leper skit dan bakar pd suhu 175 C,10-15 minit. Jarak2kan adunan sebab biskut ni akan mengembang sampai 2x ganda.


    Linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...