salam sume.....selamat berbuka puasa......disebabkan pc dah hantar workshop, so, cpt2 pinjam adik nyer notebook tuk update blog. kali ni nak letak entry, first biskut raya yg dah buat. resepi ambil dari myresepi.

dua malam aku buat biskut ni. mula2 buat satu adunan je, tp dpt sket je. pastu terus tambah 2 adunan lagi. byk2 ni bkn apa, kena bg kakak aku sket sbb dia sibuk menjahit baju org. tak de masa nak buat kuih. berbaloi buat kuih ni. sedap dan ranggup. dan aku tengok, ayu sungguh biskut ni^^ mungkin sbb ceri merah tu.

resepi aku kopipes je. mekasih tuan punya resepi, junjs11.

Biskut Cornflakes

Bahan-bahan ( boleh dapat satu balang kuih.. )

  • 250gm butter (1 buku)
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 kotak cornflakes - diramas sedikit
  • Papercup dan ceri untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan cornflakes.
  3. Sudukan ke dalam papercup, hias dengan ceri dan bakar lebih kurang 20min. 




salam uollss......
tak dpt la nak update blog dgn kuih2 raya (mcm la aku update slalu^^)
pc aku kong, ni pun pinjam adik nyer notebook jap
aku godek2 dlm casing tu, ada satu kipas dah tercabut
nak repair sendiri tak reti
kena la hntr kedai nnt

mcm2 hal
mula2 digital cam wat hal
smpi hari ni tak repair/beli baru
ni pc punya turn lak
nak raya, nak guna duit, time tu la sume nak rosak
akak benci tau.......haishh.....

selamat hari raya *tetiba*
Labels: 0 comments | | edit post
sejak ternmpk video clip lagu Maher Zain kat melodi t/hari tadi, aku pun google la nak cari lagu dia yg bertajuk Insha Allah tu. w/pun aku tgk kejap je tp mcm best plak melodi dan lirik lagu tu. rupa2nya dah lama juga album ni, cuma aku je tak tahu. maklum la, hotfm tak kuar lagu2 mcm ni.

sungguh indah lagu ni, tu yg aku terus tersangkut. aku dah dengar satu album, sume lagu pun best. rasanya dah ada di pasaran malaysia. layan vc lagu Insha Allah kat bawah ni.




InSha Allah

Lyric
Bara Kherigi
Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray
Oh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way 
credit to uploader


Maher Zain’s Biography

The Official Facebook Page for Maher Zain 

 

lagu For The Rest Of My Life pun best. kan best klu ada org bg lagu tu dgn aku^^

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you..........

Labels: 0 comments | | edit post

salam t/hari sume. mesti ramai yg dah ready nak masak tuk berbuka ni kan. wat lauk ape ptg ni? aku teringin nak makan........macam2. byk sgt yg teringin smpi satu pun tak terbuat. hehehe......

sebut pasal teringin ni, hari tu tah kenapa aku teringin sangat nak makan puding roti. roti yg dah nak expired tak de, terpaksa la beli roti baru semata2 nak buat puding roti ni.

resepi aku simpan lama dah. dan dah pernah cuba. resepi dari kak liza, di forum cari. pastu dlm esbox aku tu ada balance2 cheese, aku humban sekali. tp aku lupa, bila tambah cheese, aku lupa tambah gula. dia jadi tawar sket. tp keadaan masih blh diselamatkan dgn makan bersama jem mulberry yg aku buat hari tu. bila makan time sejuk2 tu, fuhhh.....lemak, manis, masam, suma ada. selain dari mkn dgn jem, blh makan dengan sos kastard atau sos coklat.


Puding Roti Berkeju

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk/1 tin susu cair ideal
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:

4 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 or 2 sudu kalau nak manis)             
2 sudu besar butter                
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
**aku tambah keju dlm 150-200gm

C:
2 sudu besar kismis hitam - aku guna coklat chip
 

Cara:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.


masa tgh bakar, kat dlm oven tu, bkn main naik tinggi, bila dah kuarkan, puding turun balik. 
ptg ni buka puasa mkn steamboat la nmpknya. dah janji dgn kwn2 ex-tesa. tak sabarnya nak jumpa kwn2 lama.

salam t/hari sume!!!!!!!!!!! lama dah tak bersiaran. ambik masa lunch ni kejap update blog. tak de benda yg best sebenarnya nak cerita. tak mcm korang. mcm2 cerita ada kan.

hari ni nak tepek cerita tertunda, buah mulberry ku yg lebat lak kali ni. byk juga buah dia. geram2 je masa petik buah tu. bila dah byk sgt, tak larat lak nak mkn begitu saja sume tu. ambik jln mudah, buat jem je la. bila dah jadi jem, sedap!!!! masam2 manis gitu. kaler jem pun menarik, dark pepel.
 

nak buat jem, blender sume buah tu, masak. campur gula hingga dpt rasa yg dikehendaki. kacau sentiasa spy tak melekat. masak sampai pekat. aku letak lemon zest biar bagi wangi.
Artikel diambil dari www.zaharuddin.net 
Terima kasih Ustaz!

Batalkah Puasa Jika...

Perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati terlebih dahulu. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah:-

1. Menahan nafsu syahwat dengan menanggung lapar dan dahaga. Melanggarnya dengan sengaja adalah membatalkan puasa.
2. Menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Melakukannya adalah membatalkan puasa.

Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, selain itu WAJIB juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak. Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun beberapa perkara yang tidak disepakati, ia masih boleh diperbincangkan, cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramadhan sehingga menyimpangkan kita dari objektif Ramadhan.

Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh
Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).

Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh 
Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah
 Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini.

Pun begitu, kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal
Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226).

Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.  
Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.  
Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa.  
Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama. Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :- "aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif).

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 ) Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid 
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar. Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201) Dalilnya adalah:-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.? Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh.
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159) Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi.
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal. Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman


salam t/hari. dah lunch lom? apeee???? ada yg lunch ke? tak pose ek?? hahaha....kan dah kantoiii.....

di kesempatan ini, aku nak ucap selamat menyambut Ramadhan yg mulia. kita telah memasuki musimolimpikrohaniah robbaniah yang disediakan oleh Allah swt untuk hambanya. Sebagai seorang muslim yang mukmin, ‘olimpikrohaniah ini dinanti melebihi daripada menanti sukan olimpik. Kerana bermacam-macam acara dan ganjarannya (bukan kilauan emas) tetapi syurga yang kekal abadi yang menanti bagi sang juara yang berjaya menciptarekod duniaukhrawi. Yang berjaya menyucikan lahir dan batinnya sehingga menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Berikut adalah beberapa keistimewaan bulan Ramadhan. Semoga kita dapat menghayatinya dan menjadi penyebab untukmengkhusyukkanhati kita menerima kedatangannya dan melembutkan hati kita untuk beramal dan beribadah di bulan Ramadhan ini. Kalaulah dibulan Ramadhan ini kita masih lagi culas-culas dan berkira-kira untuk all-out beramal ibadah, jangan lah kita mengharapkan selain dari bulan ini kita mampu untuk all-out menjadikan seluruh kehidupan kita beribadah untuk Allah.

Keistimewaan Ramadhan
Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmatnya. Firman Allah yang bemaksud: “wahai orang yang beriman, telah difardhukan puasa atas kamu sebagaimana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu memperolehi taqwa”. al-Baqarah: 183
Bulan yang dipilih oleh Allah diadakan suatu malam yang sangat tingi nilainya , iaitu malam lailatul qadar.
Bulan yang dipilih untuk bersembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Bulan yang dipilih untuk memperbanyakkan amal ibadah. Seperti membaca Quran, bersedekah, sembahyang sunat dll.
 
Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah saw menawan kota Mekah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan Mekah menjadi suci sebagaimana yang dikehendakki oleh Allah.
Berlakunya Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah.

Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi dosa-dosa besar.  Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah.

Dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah yang bermaksud: pada suatu hari aku berada disisi Utbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal Ramadhan , maka datanglah kepada kami seorang lalaki dari sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah dia pun merasa takut dan berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadhan, katanya: “saya mendengar Rasulullah saw berkata: di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka dan dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu Syaitan”. Berkata Nabi lagi, seorang Malaikat menyeru: “wahai segala orang yang menghendaki segala kebajikan, bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan, tahanlah dirimu. Malaikat terus menerus menyeru sehingga habis bulan Ramadhan”.  Hadis riwayat Ahmad dan Nasai.

Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran daripada Allah swt. Rasulullah bersabda yang  bermaksud: telah diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada seorang pun Nabi sebelumku
1- Dipermulaan Ramadhan Allah melihat kepada umatku. Barangsiapa Allah melihat kepadanya nescaya tidak diazabkan selamaya. 
2- Bau mulut mereka diwaktu petang lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi
3- Para malaikat memohon ampunan untuk merela disetiap malam dan hari
4- Allah menyeru kepada Syurganya serta berkata kepadanya: ‘bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju keNegeriKu dan kemuliaanKu
5- Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka.

Sejarah berlakunya perang badar Kubra. Kemenangan pihak Islam yang menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

Setiap solat tarawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Di bulan Ramadhan dituntut melakukan sebanyak-banyak ibadah berbanding dibulan yang lain.

Syaitan dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: pada permulaan Ramadhan, para Syaitan dan Jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci dan tidak ada satu pun dibuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak satu pun ditutup. Pada setiap malam ada yang memanggil: hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membebaskan ramai orang dari Neraka.”

Andainya kitaterliurdengan nikmat dunia dan tidak terkesan dengan ganjaran yang Allah ganjarkan kepada hambanya khusus untuk bulan Ramadhan ini, fikir-fikirkanlah...there is something wrong with us...

Allahumma ballighna fi Ramadhan....amin ya robbal alamin.
salam selasa.......akhirnya dpt gak aku memboloskan diri msk blog ni. manjang tak jumpa pintu msk je. smpi CIK LANUN tu dah email aku, tanya pasal aku lama tak muncul^^ haaiiiii.....baiknya cik lanun tu. mana nak cari lanun yg baik hati cam tu. terharu aku tau. ai pun rindu kat yu la cik lanun. kekekeee......rindu nak blog walking......rindu dgn sume kwn2 blog la senang cite.

bila dah lama tak update blog ni, dah jadi malas plak. pastu, tak tahu nak cite pasal apa. sebenarnya byk benda nak cite, tp kdg2 terpikir gak, tak pe ke kuar cite2 mcm tu. sudahnya, lenyap mcm tu je lah niat aku nak tulis entry. tp, kali ni, tersedar aku dari lamunan dek sergahan cik lanun.  hehehe...........

ok lah, kali ni nak letak entry pasal butter cake ni ha. hari ahad yg lepas, mak aku ada panggil org baca yasin dan mkn2 sket sbb nak puasa ni kan. dia suh aku buat kek sarang semut, ke sarang lebah???? alaaaa......kek gula hangus laaa.....tp, standard la....anak derhaka, aku buat kek yg ni. hahahaaa.....ampun omak. leceh la buat kek gula hangus tu. klu sebiji tak pe jugak. ni 3 biji aku nak bakar kek. nak menghanguskan gula tu yg maleh tu. sebenarnya, klu dah malas, seribu satu lah alasan aku kan. heee......

resepi kek ni dpt dari akak aku punya akak ipar. time kasih angah. sedap kek ni. w/pun sonang je nak buat tp marbeles rasanya. lembut....gebu....manis pun sedang elok. resepi mcm kat bwh.


BUTTER CAKE

bahan:
1 ketul (250gm) - butter
1 cwn - gula
2 cwn - tepung kek (self rising flour)
1/2 cwn - susu pekat manis
4 biji - telur
esen vanila

cara:
panaskan oven dan gris loyang
pukul butter + gula.
masukan telur dan esen vanila - pukul hingga sebati
masukan tepung - kacau lagi hingga sebati
masukkan susu pekat manis. kacau lagi.
pastu masukan dlm loyang dan bakar.

yg berlubang tengah2 tu, jgn la korang tanya ye. tu pusat kek. hahaha...
Labels: , 5 comments | | edit post

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...