dapat email pasal sleep paralysis dari kawan. best plak cite pasal ni. 


Kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye......... 
Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....
Heheheeeee….. 


ayat yg last yg tak tahan baca tu. kekeke.........


Labels: 1 comments | | edit post
Nak post semalam tp sgt2 sibuk ke hulu ke hilir. Hantar adik ke terminal bas kajang, dia nak balik kuantan. pastu ke putrajaya plak ikut kakak. balik tak larat wat pape dah, kepala sakit sbb hari panas sgt semalam.

kisahnya adik aku mustakim tu balik, cutilah konon padahal satu hari je kat rumah. gigih dia blk dr kuantan hari jumaat, ptg smpi kajang, ahad pagi dah kena balik kuantan dah. sehari je kat rumah. lepas rindu je kot.

dia ni klu balik, mcm2 permintaan. ada je request tuk bekal balik. ye la, asik makan nasi kawah je kat hostel, sesekali mesti rindu masakan rumah kan. kali ni dia punya request, masak ayam bakar. ha....ambik kau. t/hari aku dah masak ayam goreng berlada, mlm nak panggang ayam plak. gila ayam. kekeke......

sabtu, ptg pi tesco, beli brg2 dia, beli ayam sekali. siap beli kentang tu nak buat mash potato. wah....dinner ala omputih lah kita mlm tu. sblm maghrib, aku siapkan ayam tuk mekap (perap la tu). perap dlm satu jam. pastu bakar dlm oven. adik aku plak buat mash potato. dia buat dari kupas kentang smpi dah blh dimkn mash potato tu. tapi, of course lah aku yg ajar. tp dia yg buat sume.

ni satu sikap dia yg aku puji. klu apa2 yg dia minta kita buatkan, dia ringan tangan nak tolong. setakat potong bawang, potong2 sayur tu. dah blh bagi markah penuh. kira sume preparation dia settle, aku tinggal nak masak je. senang keje aku. kekeke..........

so, kali ni projek kitaorg buat ayam panggang ala kenny roger. dah beberapa kali aku buat ni. resepi aku ambik kat rumah cik hana jepun. hana ni klu tgk masakan dia, mmg meleh air liur. gambar pun cantik2. . resepi hana tu, aku tak ikut 100% mcm dia sbb ada brg yg tak de. mlm tu mmg aku tak mkn nasi. meratah ayam dgn kentang putar tu je.

gambar tak bape cantik. bateri kamera aku kong. dah wajip kena beli yg baru ni. tak clear sgt.




Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - guna sos tiram+kicap+lada hitam je sbb tak de sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr- aku tak letak
  • 2 sudu besar gula pasir- aku gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- tak de bahan ni, aku letak serbuk oregano dan rosemary je.
  • 1 1/2 sudu teh garam halus - aku lupa letak tp tak pe sbb sos tiram dan kicap dah taruk. ok lah tu
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.- aku buat pesen lain sket. masak kejap kat non stick pan, dah separuh masak, masuk dalam oven. masa tuk masak depend kat oven memasing ye.
  5. Hidangkan dgn kentang putar. 
tuk mash potato lak, kentang di rebus dgn 2-3 ulas bwg putih. bila dan empuk, lecek dan campur dgn mentega dan mayonis. tambah serbuk lada hitam secukup rasa. klu nak letak susu segar sket boleh. terpulang pada selera masing2.

gravy dia aku guna bahan perap ayam tadi. balance2 slps kita panggang ayam tu. campur dgn air, bg cair dan hancur bhn2 perap tadi, tambah garam, black pepper, tepung jagung tuk bg pekat. siappp......aku letak juga daun basil, hiris2, masukkan last sekali time nak matikan api.


selamat menjamu selera ;)

Labels: , 0 comments | | edit post
lama dah tak de entry. bkn apa, busy. 

mlm tadi susahnya nak tido. masuk tido dah pkl 12 lebih. pastu terbangun, nak lelap balik langsung tak boleh. mata tutup tp pikiran tu melayang je. mcm2 yg bermain dlm pale otak ni. aku pun tak paham kenapa aku pikir mcm2 masa tido. hihihi.... slalu aku ni klu rebah je kepala kat bantal mmg akan tido smpi pagi la. tido mati org kata. ni lain plak yg jadi.
dah baca mcm2 pun tak mau lelap jugak. agaknya mcm ni la mak aku bila masalah susah nak tido dia dtg.

bila time dia tak mo tidur tu, mula la buka tv tengah malam buta. 
kadang2 dia ajak bapak aku temankan dia tgk tv. kekeke...
sape yang nak. tp, yg bestnya plak, bila dah depan tv tu, mau lak mata dia lelap.
nak kena tidur depan tv agaknya ubat dia ni. kihkihkih....

aku slalu je suruh dia tutup mata nnt lama2 tido la tu. skang bila jadi kat aku, mmg tak leh.
tutup la mata bape lama pun, otak tu berjalan je. adalah 3-4 kali aku terbangun mcm ni.
yg peliknya, senang lak nak bangun pagi. tak de rasa mengantuk lansung. kekeke..

sedikit info pasal insomnia ni. diambil dr wiki.
Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:
  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

minda aku aktif sgt mlm tadi gaknya. ada aku baca yg kalau susah nak tido, minum air madu suam atau minum susu. minta2 mlm ni aku blh tido dgn lena. masalah klu pagi2 nak drive pi keje dtg plak mengantuk. 

skang aku dah ngantuk. arghh......



 





 

Labels: 0 comments | | edit post
Ahad lepas, anak kucing aku nama jollie tu sakit. Lemah je, tak mau makan. Bg susu pun tak mau. Baring je. angkat badan dia, terkulai layu je. Perut dia lak buncit dan keras. Anak buah aku Syafiqah ada kat rumah masa tu, sibuk dia dok tgk anak kucing tu. Kejap2 tgk pastu report dgn aku ckp jollie terbaring lagi smpi satu masa dia kata jollie dah mati sbb bila panggil dia tak gerak. Risau gak aku, takut jd mcm kat anak kucing aku yg dah RIP 2 ekor tu. Apa aku nak bg ubat ni, last2 aku bg nigella beberapa titik dan madu amazing 1 sudu teh(sudu kfc tu). Pastu aku bg d-bless 2 biji. Tawakal je lah apa jadi kat jollie nnt. Kejap lps tu, jollie pi membuang, Ika yg jd pemerhati ni siap kata jollie berak cair. kekeke..... Pastu, mlm aku bg sekali lagi nigella dan amazing sukatan yg sama.




















ape keje la bergulung bwh tu.


Isnin pagi tgk jollie dah ok sket. Nasib baik ada stock nigella dan amazing. Berguna sgt bila emergency.




















Sihat dah......
Labels: 0 comments | | edit post
Fenin2. Susah jugak nak ubah suai blog ni ye.
Tak pe. Usaha tangga kejayaan;)

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...